Saturday 14 September 2013

BBplus Collagen-My very first experience..

            This is my first entry berkenaan produk kesihatan dan kecantikan. Lumrah wanita kan memang suka sesuatu yang cantik. Ada ker wanita yang tak suka dengan kecantikan? Sebelum ni I xpernah mencuba apa2 supplement. Reason? Mahal!! (my 1st impression about this product). Tapi bila umur dah masuk 30 jer memang kena amik walaupon mahal. Nanti bila keduts banyak lagi banyak duit kena laburkan. Yelah sekarang ni I sambung study kat UTM. Berhenti keje akhir tahun  2011, Then wat part time jadi cikgu sementara untuk 2 bulan jer. Ajar tusyen lagi sebab nak tambah side income. Still xcukup. Tahun lepas scholarship masuk lambat. Bulan November 2012 baru masuk. Bayangkan xde solid income dari bulan May 2012-November 2012. So income yg ada memang untuk spend benda yg penting je. Fuhh!! Feel free to visit http://whitepearldiana.blogspot.com/ Bila dah dapat biasiswa pon income pon paras2 hidung jer walaupon wat part time ajar tusyen. Hutang keliling pinggang tu. Penat tapi nak beli untuk diri sendiri pon xcukup. Bukan xbersyukur. Tapi kalau ada cara nak yang lebih baik untuk tambah income. Why not kita mencuba kan?

            I start ambil masa preggy yang kedua. Lebih kurang bulan May 2012 masa ni I pregnant 7 bulan. Masa tu my mom minum Naturecare Berrygen dari tupperwarebrands.


1st time minum tu malam. Kebetulan esoknya I puasa ganti. Puasa biasa I ni melepek jer sebab I kuat makan walaupon kurus kering. Apelagi kalau preggy kan. Lagila super duper melepek. Haha Alhamdulillah esoknya xmelepek.So bila puasa je I akan sahur dengan minum Naturecare Berrygen. Kalau xpuasa xminum sebab nak jimat. Nasib I ni join membership dapatla harga dealer. Then 14 Julai 2012, lahirla anak kedua & diberi nama Nur Zahyrah Jasmine binti Kamarul Haizad. Bila keluar masa tu nurse tegur ada saloon eh dalam perut?Panjangnya bulu mata! Yang paling best kulit dia putih melepak & gebu gebas. Alhamdulillah. I ngan hubby memang kulit cerah. Ni pic of my precious daughters. 


Tapi my first daughter xsegebu yg second ni.Yang kakak ni namanya Nur Farisya Humayra binti Kamarul Haizad. Cute jugak kan?hihi

Then I continue minum. Tapi xminum hari2. Minum selang-selang. Kekadang selang sehari.. kekadang tu selang 2 hari. I ni ada masalah asthma, eczema and selsema sepanjang tahun. In December 2012, I noticed that problem ni xde dah. Then bila dah ok I xminum. Masa tu kulit muka ada problem macam ruam, kering dan mengelupas. Risau dah walaupun muka i memang xde problem jerawat. I cuba minum Aurawhite pulak sebab lagi murah. tengok kulit ok la sikit. Tapi problem eczema and selsema still ada. Aurawhite ni rasa tawar so i tambah ribena bagi rase sedap macam berrygen. Then asthma attack i menjadi2. org tua dulu2 kata orang semput xleh minum anggur. Sebab tu kot. pastu i terus stop minum ribena.


After that, my excoursemate mase sambung degree kat UTM ushar2 I untuk minum bbplus collagen. I dah minum berrygen, dapat harga member lagi. Tapi i cuba gak sebab dia bagi special price. Sebelum minum tu tangan I memang eczema teruk. Dalam 3 minggu minum terus ok tangan I.

Cer tengok kat bawah ni. xedit pon pic ni...muka pon flawless jer. Xyah pakai produk muka yg mahal. Pic i ni memang xpakai mekap. Just pakai day cream je.


Then terus sign up for membership haio. BBplus ni harga lagi murah berbanding collagen drink yang lain. Naturecare berygen 20 sachet RM219. BBplus pula harga retail RM180. Kalau beli dengan I dapat diskaun taw. Kalau nak order or nak tanya pasal produk ni boleh contact saya Diana 012-7404740. Masa pergi Thailand baru2 ni (18-31 Ogos 2013), I survey collagen drink kat sana. Di Central Plaza, Suratthani 1 box collagen drink brand ape eh (ada picture kat bawah) 15 sachet harga 1950 baht. Lebih kurang RM195 la. Perghh lagi mahal. So I wat pilihan tepat dengan memilih BBplus. I will share dgn uolls kebaikan BBplus ni..baca sampai abis yer.



Apa itu BBplus?
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab,tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.

7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.
Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida . Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis.

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

Cara minum
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur. Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.

Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.


So guys jangan tunggu lagi. Mari cuba BBplus Collagen sekarang! Ada diskaun 20% sehingga bulan Oktober 2013. Berminat dengan produk ni or produk lain keluaran haio seperti mineral coffee, biovelocity sleepmate, marine essence bar/body wash, biozone car strelizer boleh PM saya. Diana 012-7404740