Bila dinner je macam2 tema penganjur keluarkan. Bulan April ni Diana akan ke Diamond Night dengan temanya The Great Gatsby. Diamond Night ni untuk meraikan usahawan SHOM yang capai pangkat Diamond Sales Manager (sales RM180,000) , Double Diamond Manager (sales RM720,000) dan tabung kereta. Ramai yg pening nak carik baju kan. The Great Gatsby tu temanya macammana?
Ikut wikipedia gitulah . The Great Gatsby telah difilemkan pada tahun 2013 lakonan Leonardo DiCaprio.
Gatsby ni seorang lelaki jutawan rupanya sekitar tahun 1920an.
Kalau wanita dress nya lebih loose , material fabrik jenis sequin, lace or glitter concept. Ada aksesori kepala. Ada jugak yang pakai glove or cape.
Loose Lace Dress
Yang bawah ni jenis cape ada yang boleh tanggal, ada yang memang siap jahit dengan dress.
Cape bulu, headband & aksesori tangan
Glitter loose dress penuh perincian labuci.
Lace dress, headband and rantai manik
Untuk muslimah bertudung boleh cuba gaya di bawah ni.
Idea dress untuk muslimah
Kasut tak kisah sangat yang penting glam
Kasut era 1920-an
Kasut ni cantikkan?
Untuk lelaki boleh pakai blazer, hat & bow tie
Dah dapat idea? Cecepat tempah dress okay ;)
Nak share dress yang Diana pakai. Diana pakai gold & black.