Tuesday, 31 May 2016

Trip dari JB ke Kedah dan dari JB ke Kelantan

Hai all!

Hujung bulan April 2016 Diana travel by car dari JB ke Pendang, Kedah. Traffic jam kat highway area Perak. Rasa banyak habis masa kat perjalanan je.


Selfie dulu masa baru gerak dari JB


Masa tu sempat lagi shopping kat Ikea Cheras. Hahah.


Makan kat Ikea dah macam kenduri hihi

Rayyan pun nak drive hehe

And baru2 ni dari JB ke Manik Urai, Kelantan. Perghhh lagilah jauh kan. Perjalananan 12-14 jam termasuk berhenti rehat, makan, solat dan bergambar. Dengan 3 orang anak lagi. Hohoho. Kedua2nya sebab majlis kahwin saudara terdekat.


Majlis Kahwin di Pendang, Kedah


Gegirls.. sepupu sepapat dan anak2 sedara


Bergambar kenangan di Manik Urai, Kelantan. Macam suasana hari raya pulak.

Abah with Rayyan

Well actually this is my first time sampai Kelantan. Kalau xde sedara kawen dgn org Kelantan xpernah sampai sini kot. Masa lalu Terengganu kitorang singgah jugak kat Cherating, Masjid Kristal, Pasar Payang and Kemaman. Beli keropok lekor & biasalah selfie sana sinun. Kat Kelantan kitorang pergi jugak ke Wakaf Che Yeh, Kelantan.


China town katanya


Mummy dengan Bella di Masjid Kristal


Rayyan, Jasmine & I di Pantai Cherating, Pahang

Penat? Ofkoslah macam nak patah pinggang mokcik. Tapi esoknya dah sampai JB rasa ok dah boleh start rutin cam biasa. Tapi ada yang cakap dah 2 hari xhilang lagi lenguh2 badan. So Diana nak share tips time travel.

Ni yang wajib ada time travel untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas!!


MIN KAFFE

Before driving mesti minum mineral coffee aka min kaffe utk segarkan mata, hilangkan rasa mengantuk dan beri tenaga segera.

Testimoni Mineral Coffee(Min Kaffe)klik sini

PREMIUM BEAUTIFUL/ BIOVELOCITY SLEEP MATE (BVSM)

PB dan BVSM dengan teknologi far infrared dan biovelocity menghilangkan lenguh2 badan, sakit kaki dan  memulihkan tenaga. BVSM merupakan terapi di waktu kita tidur. PB dipakai ketika dalam perjalanan mengurangkan sakit belakang  dan lenguh2.


MARINE ESSENCE

Marine Essence bagaikan spa. Bau wangi dan menyegarkan. Apa yang Diana suka ialah sesuai utk kulit sensitif, gatal2, ruam dan eczema. Produk Marine Essence ni plant based.

Untuk kelebihan Marine Essence klik sini

Contact Diana 0127404740 untuk cuba yer

Monday, 23 May 2016

Resepi Sebulan Ramadhan

RESEPI SEBULAN BERBUKA TAK PAYAH PENING-PENING.
*nak senang lagi print tampal kat dinding dapur :D

Credit from FB untuk rujukan sendiri hehe

Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!!
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
________________________________________
1. Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
atas
________________________________________
2.Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
atas
________________________________________
3.Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
atas
________________________________________
4.Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
atas
________________________________________
5.Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas
________________________________________
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
atas
________________________________________
7. Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas
________________________________________
8. Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
atas
________________________________________
9. Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
atas
________________________________________
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
atas
________________________________________
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
atas
________________________________________
12. Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan
atas
________________________________________
13. Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit
atas
________________________________________
14. Tandoori Kurau
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
atas
________________________________________
15. Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
atas
________________________________________
16. Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
atas
________________________________________
17. Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
atas
________________________________________

18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
________________________________________
19. Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,
atas
________________________________________
20. Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas
________________________________________
21. Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
atas
________________________________________
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
________________________________________
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
atas
________________________________________
24. Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
atas
________________________________________
25. NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas
________________________________________
26. Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
atas
________________________________________
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
atas
________________________________________
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
atas
________________________________________
29. Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
atas
________________________________________
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Sumber: fb

Sunday, 22 May 2016

Process Optimization: Design Expert VS Statistica

Hi all, hari ni nak share simple tip maybe berguna for those yang further study master or PhD by research.

Hari tu pergi short course untuk lebih faham. So entry ni untuk rujukan sendiri di masa akan datang. Yuran RM159 termasuk gst.



Optimization is a part of research yang mesti kena buat. Ada software and manual tapi xberapa nak faham kan. Ikut je ckp buku tu base on data yang kita dapat tapi xfaham huahuahua. Yang penting kena tau basic statistic. Z table, F table, degree of freedom, anova table.

Z table uoll boleh screening mana data yang xok tu boleh eliminate.

F table tu boleh tengok either model/process yang u pilih tu significant or not significant. Kena compare F tabulated dgn F calculated. If not significant, so model u xboleh digunakan. Maybe u kena besarkan range.
Contoh faktor kita nilai 1, 2, 3 tak significant cuba besarkan range jadi 1, 4, 7

Kena tentukan data yang kita nak masukkan
Independent variable/factor
Dependent variable/Response
Level-low medium high

Biasa guna box-behnken atau central composite design (ccd).

Kadang2 masa viva ditanya kenaoa guna box behnken xguna ccd.

Box-behnken ada 3 level low, medium and high.

CCD ada 5 level lower, low, medium, high,  upper. Ada limitation ikut alat. Maybe alat u  boleh run from range guna 10 hingga 80 degree celcius. Tapi CCD suggest guna -5 degree celcius so xboleh guna CCD.

Mcm klu guna ratio 1:1, 1:2, 1:3 pun xboleh la kan nak guna ccd.

Anova table masukkan data yang diperlukan sahaja dalam tesis xperlu copy and paste semua.



Software yg biasa guna ialah statistica or Design Expert. Jom tengok perbezaaannya.

DESIGN EXPERT

Tiada pareto chart
User friendly, lebih simple nak run. Just masukkan data jer
Boleh lebih dari 1 response
Anova table diberi terus
Contour plot hitam putih


Kena tengok yg paling gelap. Kalau result u dapat peak paling tinggi bukan quadatic graph boleh ckp best condition untuk interaction tu. Tak boleh cakap optimize sebab dy/dx tak sama dengan 0.

Terus keluar equation untuk setiap model
Beri equation suggestion either linear, quadratic, cubic yang paling ok untuk model/process yang u buat.
Ada repeatation untuk certain experiment

STATISTICA

Ada pareto chart
Complicated sikit untuk run tapi bagus untuk lebih faham statistik
Anova table perlu dikeluarkan daripada data
Kena tengok F table
Contour plot bewarna, senang nak interpret data


Dapat contour plot bull eye macamni memang best dy/dx=0 so result u mmg optimize.

Hanya boleh 1 response
Equation perlu diterjemahkan mengikut interaction
Tiada repeatation experiment

Mana2 yang dipilih pun ok. Klu uolls guna design expert then nk tambah pareto chart from statistica pun boleh.

Contoh equation:

Y= 0.456 - 0.879X1 + 0.333X2 + 0.621X3 - 0.221X1^2

Y = response, X = factor.
Dominant factor boleh tengok kat coefficient yang paling besar nilainya.
Dalam kes ni X1 sbb coefficientnya 0.879 (nilai paling besar)

Data mesti parallel lah so dalam Pareto Chart pun mesti sama X1 dominant.

Tanda plus or minus tu maksudnya
Plus: factor increase, response pun increase
Minus: factor increase, response decrease atau sebaliknya.

R2 mesti 0.80 ke atas lagi bagus kalau dapat. 0.90 ke atas.
Lack of fit tak significant.

Desirability pun mesti nilai hampir 1. Nilai kat desirability tu nilai optimum yg kita boleh pilih. Then buat experiment lagi run pada nilai desirability untuk verification and validation.

Friday, 20 May 2016

Tips cergas dan bertenaga di bulan puasa

Assalamualaikum. Bulan Syaaban ni ramai yang berpuasa sunat dan puasa ganti kan? Lepas ni kita akan menyambut Ramadhan pula. Bulan Ramadhan kali ni dijangka jatuh pada 06/06/2016.


Dah habis ganti puasa? Belum?(Diana lah tu lagi 5 hari, total 15 hari kena ganti huhu)

Ni antara tips yang bagus untuk diamalkan ketika PUASA



1. Minum 1-2 sachets MIN KAFFE masa bersahur + kurma 3 biji. Tahan lapar sampai ke petang. Minum BV ALFALFA juga segelas selepas makan.

2. Masa berbuka confirm makan macam-macam kan? Jadi selepas makan, minum segelas BV ALFALFA untuk singkirkan kolestrol & beri tenaga untuk solat terawih.

3. Ambil GARLIC 2 biji sebelum tidur. Dapat buang angin especially bila berpuasa & for those senang kena gastrik.

SET KURUS BAJET ni hanya sekadar nama. Sebenarnya ketiga-tiga product ni bagus untuk kesihatan & untuk kekalkan kecergasan badan. Tak adalah nanti masa Ramadhan kita lemau jer. Sambil tu dapat turunkan berat juga. Badan pun lebih sihat.

Lagi best bila amalkan set kurus bajet dan premium beautiful secara konsisten. Nak sarung baju raya pun hati gumbira sebab badan dah kurus. By the way, produk ni boleh diteruskan ketika raya untuk kawal nafsu makan dan manfaat kesihatan. Beraya, open house xde masalah lagi. So dapatlah maintainkan berat badan.

Set Kurus Bajet ni sesuai diamalkan oleh pesakit kencing manis, gout, darah tinggi, kolestrol tinggi, asthma, gastrik, ibu menyusu dan ibu hamil.

Selamat mencuba & if rasa tips ini berguna, selamat share dengan kawan-kawan & family pula 😊

Antara testimoni Set Kurus Bajet


Berat turun 6kg dalam masa 4 bulan. Wow banyak tu!!!


Min Kaffe atau nana sebelumnya mineral coffee membantu pelawasan dan mengatasi sembelit. Yang best bagi ibu menyusu, min kaffe menjadi milk booster!


Set kurus bajet ni bantu uolls untuk detox dan bagi extra energy. Tiada lagi masalah sembelit.


Feedback lagi, urine jernih dan migraine berkurangan. BV alfalfa + garlic mengelakkan kencing kotor. Garam buluh dalam min kaffe tinggi dengan magnesium membantu mengurangkan migraine.

For those selalu letih, rasa nak pitam cuba cek maybe kurang darah. Ibu hamil biasa ada masalah hb low. Set Kurus Bajet membantu tingkatkan bacaan hb. Experience Diana sendiri hb ok semasa pregnant anak ke3 sepanjang mengamalkan set kurus bajet =) .

Harga 1 Set Kurus Bajet RM166 + RM9 pos = RM175
Loose
Min Kaffe RM33
Garlic RM44
BV Alfalfa RM89

Harga Promosi Set Kurus Bajet
1 set termasuk pos RM150 (JIMAT RM25!!!)

Hubungi Diana 0127404740 untuk harga promosi
COD: BBU, JB, UTM, SKUDAI, TEBRAU

Wednesday, 18 May 2016

Fenomena premium beautiful di hari raya

<<Monolog Dalaman Seorang Wanita>>

Raya dah makin dekat..puasa pon makin hampir..tinggal sedetik cuma.

Nak tempah baju  kat tailor..almost all dah tutup untuk tempahan raya. Tapi tak kisah la kan..butik banyak dah start keluar koleksi raya 🤔🤔🤔. Beli ready-to-wear ajelah. Design sume cun melecuns!


Jovian ade, Minaz ade, Leeyana Rahman ade..WOW!! Mesti cantik meletops!!

Eh JAP!! Muat ke nak pakai baju yang da siap? Hallahh..mesti saiz takde nanti! Ni tang punggung ni..hrmm..perut lagi..hrmm..agak-agak muat ke? 😳😳😳

Haaa! Ramai ke kekakak yg monolog dalaman camni?? 😏😏😏.

No worries! Start pakai Premium Beautiful sekarang untuk hilangkan segala spare parts anda tu dan kurus secara sihat.


Sekarang bukan setakat dapat Set Premium Beautiful pada harga DISKAUN, malah boleh dapat BONUS RAYA RM5000💰💰💰💃🏻💃🏻💃🏻
FREE SERVICE &  LIFETIME WARRANTY pon dapat 👍🏻

Lepas ni boleh siap boleh slim down, loose weight & pakai baju-baju RTW tu dengan cun melecun tau 😊!

Lets get your dream body image with Premium Beautiful.

MASIH TAK PERCAYA LAGI?????JOM TENGOK NI.

<< Dari size XXL turun ke size S!! >>

3 tahun pakai Premium Beautiful secara konsisten, memang cukup puas hati dengan hasilnya!!

Dari size XXL now dah boleh pakai size S dengan selesanya. Wow!! Sudah ku katakan yang beli & pakai Premium Beautiful ni berbaloi sangat. Beli sekali je tapi result memang terbaik untuk jangka masa panjang. Now hanya perlu maintain berat badan & body shape terbentuk kemas 😊



Kalau dulu hanya mampu tenung je baju RTW yang cantik sebab tak muat nak sarung, now happy sangat sebab banyak pilihan baju yang cantik-cantik!

Bukan itu sahaja, tengok testimoni Premium Beautiful yang confirm buat anda rasa nak pakai Premium Beautiful sekarang juga 💃🏻💃🏻💃🏻


Tengok sahaja kakak-kakak kita yang semakin slim & gorgeous after konsisten pakai Premium Beautiful ni..muka pun makin lama makin nampak muda tau. Awet muda gitu.


Jangan tak percaya these ladies ada yang dah beranak 2, 3 & 4 tapi masih dapat kekalkan awet muda & semakin kurus dengan bantuan Premium Beautiful.


So berbaloi ke berbaloi pakai PB ni uolss? Berbaloi sangat-sangat. Sihat dapat, cantik tu bonus. Now mereka ni dah tak risau kalau nak beli baju Ready-To-Wear (RTW).

U all pun kalau sarung je PB insyaAllah boleh sarung baju RTW dengan mudah sekali 💃🏻💃🏻💃🏻

So jangan tunggu lagi ye. Uolls semua kalau nak juga macam ni, masih belum terlambat. Start pakai PB sebelum puasa & raya nanti mesti badan lebih slim & kemas.

Hubungi Diana: 📲012 740 4740


Sunday, 15 May 2016

10 idea hadiah hari guru

Hi all! Entry kali ni khas sempena hari guru esok yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Parents selalu pening bila anak-anak kecil request untuk belikan hadiah untuk hari guru. Hadiah ni tak wajib sekadar suka2 dan antara salah satu cara untuk menghargai jasa guru. Kejayaan anak murid merupakan hadiah paling bermakna bagi seorang guru. Betul x?

Diana pernah jadi guru tusyen sahaja pun dapat hadiah daripada anak murid. Terharu!

Tiada idea nak bagi hadiah apa? Boleh tengok 10 list kat bawah ni =)

1.Set Alatulis (lelaki/perempuan)

Untuk budget rendah ada banyak range alatulis yang boleh bagi. Guru memang guna lah kan. Tiap2 hari mengajar. Lagilah kalau bagi pen dakwat merah memang hari2 menanda buku/kertas kan. Sekarang ramai guru yang mengajar guna white board. Bagi white board marker pun ok jugak tu.



2. Buku/Novel (lelaki/perempuan)



Buku motivasi, panduan, doa erm buku nota pun boleh.

3. Pemberat kertas/perhiasan (lelaki/perempuan)


Frame, album, jam dinding, jam loceng, vase, perhiasan dinding pun boleh dijadikan hadiah.

4. Shower set (lelaki/perempuan)


Marine Essence Bodywash RM38
Marine Essence Shampoo RM38
Premium Beautiful Femi9 Intimate Wash untuk wanita RM22

Pssst dapatkan harga special from me ya!

Cermin tu pun boleh dijadikan cenderahati.

5. Pewangi/Pot pourri/perfume (lelaki/perempuan)



6. Kek/coklat/cookies




Nak cuba kek roll tapak kuda boleh contact Diana 0127404740 yer. Harga RM16/box.

7. Penanda buku/keychain/fridge magnet (lelaki/perempuan)



8. Shawl/tudung (perempuan)



Hari2 mesti cikgu tukar2 shawl & tudung. Kalau ada yang xkena ada jer anak murid yang sound. Xbaik tau anak murid no no no. Xmo laser2 ok. Kalau dia rasa cikgu tu cantik hari tu, asyiklah memuji kan.

Shawl ni xsemestinya mahal. Ada yang murah pun cantik jer kalau digayakan. Harga bermula dari RM10.

9. Lipstik (perempuan)

Biasa tengok cikgu mesti comel2 gi sekolah. Penampilan mestilah kena jaga. At least make up nipis. Boleh bagi cozuma lipstick atau cozuma lipgloss. Harga retail RM44/pc. For special price contact me ok.



10. Tali leher (lelaki)

Hari ni mesti ada yang baru nak cari hadiah kan. Semoga dapat beri idea untuk uolls.


Siap dah wrap hadiah untuk cikgu2 Bella. Kad ucapan simple je guna kertas A4 potong2, yang penting ada hasil mewarna dari Bella sendiri.


The happy face of a very happy girl, Nur Farisya Humayra aka Bella. =)


Wednesday, 11 May 2016

Perempuan, perfume dan shawl

Hai all! Hari ni nak cerita pasal Perfume dan Shawl. Perempuan memang suka kecantikan,wangian dan kekurusan. Eh? Lol

PERFUME

Perfume murah bawah 100. Koleksi perfume daku sejak bergelar student. Hidup sebagai student ni kena berjimat cermat xgitu?

Paling murah Liberty by simplysiti RM15 jek beli masa Jualan Gudang Simplysiti. Haha. Murah so kalau pergi mana2 anak2 mesti bau ni.  Tak kedekut nak sembur kasi wangi sebab murah sesangat. Anak2 pun daku sembur jek bau sama haha.



2 depan tu dah habis. Yg belakang lom bukak.

#preciousbyrcw and #mataharibysheilarusly beli dengan my SIL IG: @anneysignature

Dexandra beli dgn Shima kawan UTM kenal masa Maldives trip. Uolls boleh beli dengan my bff yer.
IG: @fyda_zahari (skudai/JB) @yanarich81 (JB/Batu Pahat). Ramai member2 jual Dexandra ni. I beli dgn kwn dekat2 eh. 😆

Vistazania

Ni memang suka ada 7 bauan mengikut hari. Dah beli box kedua selepas setahun. Walaupun kecil tahan lama. Harga pun murah sajer. Tapi sedih haio xkeluarkan lagi perfume ni. Nasib sempat grab lagj 1 box.



SHAWL/TUDUNG

Sugarscarf

Suka pakai Sugarscarf instant Juliette and plain Jane. Madison daku xberapa selesa or xberapa reti nak pakai. 1 Madison Sofea warna gold dah ku let go. Let it go..let it go...Ada 2 classic dark grey and beige. Berminat nak beli preloved whatsapp Diana 0127404740 for fast reply.



Instant Juliette ni best xyah iron. Depan tu kalau xlicin pakai je inner magic.


Plain Jane. Suka sangat sebab selesa dan senang bentuk. Harga RM39 kalau xsilap.

Nak tengok my review tentang Sugarscarf, Habibi by Alkenali, Radiusite boleh klik sini

Ariani.

Mummy I ni suka beli Ariani. Pastu nak shopping ajak kita. Pastu kan kita terjebak sekali. Huahuahua.


Ni antara collection yang ada. Best Ariani macam2 pilihan ada. Nak murah and mahal pun ada. Suka beli time promo. Diskaun kaw2. Yang penting nak masuk butik takyah beratur panjang. Staff dia pun ramai. Mummy banyakla collection Ariani. Boleh jadi duta hahah. Sekali sekala kita pun ada pinjam shawl mummy. Ngeh3..


Semi Instant Shawl RM229 member dapat RM160. Sale tinggal RM150.



Cantik2nya lahai RM169 kalau x silap.


Kenduri kahwin di Kedah ritu mummy pakai Instant Shawl Ariani I pakai The Bubblepearl (Zulaikha light grey). Yg hitam tu bukan rambut eh tapi inner hitam beli kat habibi by alkenali. Best xpanas! Abaikan shawl xsemenggah itu biasalah dukung anak kan.


Selfie pagi tadi kat toilet. Instant shawl Ariani pinjam mummy punya. Hehe

The Bubblepearl (TBP)

Yang ni dah nenjadi kegilaan jugak. The bubblepearl. Ada berapa design sulam beads yang cantik2. Maryam, Zulaikha, Zehra, Hafeeda dan lain2 nama shawl tu. Material chiffon gorgeatte yg selesa, flowy senang bentuk peak. Daku lebih suka long shawl dari instant shawl actually.. senang nak gayakan macam2 and senang iron.  Boleh beli dengan my bff Nurul Alang. IG beliau @nurulbinialang or whatsapp 0177470740.


Me wearing Zulaikha 

Dah pakai shawl cantik2 jangan masuk mesin basuh lak yer. Basuh dengan PB Natural Wash ni untuk jaga kualiti shawl uolls yang gorgeous tu. Boleh beli dengan kita RM55 termasuk pos.



Aidijuma

Tudung bawal cotton ni memang selesa nak pakai ke mana2. Xpanas and senang bentuk. Printed cotton bawal design comel2 xyah beria nak iron. Nak gayakan cam shawl pun boleh. Gegirls ku yg 2 org tu pun suka pakai sebab ada gambar comel2.


Bila pakai bawal rasa muda sebab zaman undergrad memang pakai bawal jer. Kita tayang lipstick cozuma colour berry me. Psttt nak beli lipstick cozuma boleh order dengan kita yer. Best lipstick matte melindungi dan melembapkan bibir. Tiada chemical berbahaya. Ada collagen, vitamin E, vitamin C dan ekstrak papaya seed. Harga RM44/pcs. Eh terpromote pulak.

CC cream and lipgloss pun ada.



Naelofar hijab


Chic and basic kot yang ni. Instant shawl jenis pleated.


Terbeli lady D dengan alasan takde warna pink. Ekeke.

Banyak jugak eh collection Naelofar ni. Thumbelina, Lady angelina dan macam2. For me okla harga bawah 100.

Nak beli naelofar shawl boleh beli dengan my bff @fyda_zahari yer.

Okla ada banyak lagi nak citer. Next entry pulak yer. Nak raya ni mesti ramai dah ushar nak shopping kan kan. Before uoll muntah hijau I stop dulu yer. Bye!!!