Showing posts with label Aidijuma. Show all posts
Showing posts with label Aidijuma. Show all posts

Wednesday, 11 May 2016

Perempuan, perfume dan shawl

Hai all! Hari ni nak cerita pasal Perfume dan Shawl. Perempuan memang suka kecantikan,wangian dan kekurusan. Eh? Lol

PERFUME

Perfume murah bawah 100. Koleksi perfume daku sejak bergelar student. Hidup sebagai student ni kena berjimat cermat xgitu?

Paling murah Liberty by simplysiti RM15 jek beli masa Jualan Gudang Simplysiti. Haha. Murah so kalau pergi mana2 anak2 mesti bau ni.  Tak kedekut nak sembur kasi wangi sebab murah sesangat. Anak2 pun daku sembur jek bau sama haha.



2 depan tu dah habis. Yg belakang lom bukak.

#preciousbyrcw and #mataharibysheilarusly beli dengan my SIL IG: @anneysignature

Dexandra beli dgn Shima kawan UTM kenal masa Maldives trip. Uolls boleh beli dengan my bff yer.
IG: @fyda_zahari (skudai/JB) @yanarich81 (JB/Batu Pahat). Ramai member2 jual Dexandra ni. I beli dgn kwn dekat2 eh. 😆

Vistazania

Ni memang suka ada 7 bauan mengikut hari. Dah beli box kedua selepas setahun. Walaupun kecil tahan lama. Harga pun murah sajer. Tapi sedih haio xkeluarkan lagi perfume ni. Nasib sempat grab lagj 1 box.



SHAWL/TUDUNG

Sugarscarf

Suka pakai Sugarscarf instant Juliette and plain Jane. Madison daku xberapa selesa or xberapa reti nak pakai. 1 Madison Sofea warna gold dah ku let go. Let it go..let it go...Ada 2 classic dark grey and beige. Berminat nak beli preloved whatsapp Diana 0127404740 for fast reply.



Instant Juliette ni best xyah iron. Depan tu kalau xlicin pakai je inner magic.


Plain Jane. Suka sangat sebab selesa dan senang bentuk. Harga RM39 kalau xsilap.

Nak tengok my review tentang Sugarscarf, Habibi by Alkenali, Radiusite boleh klik sini

Ariani.

Mummy I ni suka beli Ariani. Pastu nak shopping ajak kita. Pastu kan kita terjebak sekali. Huahuahua.


Ni antara collection yang ada. Best Ariani macam2 pilihan ada. Nak murah and mahal pun ada. Suka beli time promo. Diskaun kaw2. Yang penting nak masuk butik takyah beratur panjang. Staff dia pun ramai. Mummy banyakla collection Ariani. Boleh jadi duta hahah. Sekali sekala kita pun ada pinjam shawl mummy. Ngeh3..


Semi Instant Shawl RM229 member dapat RM160. Sale tinggal RM150.



Cantik2nya lahai RM169 kalau x silap.


Kenduri kahwin di Kedah ritu mummy pakai Instant Shawl Ariani I pakai The Bubblepearl (Zulaikha light grey). Yg hitam tu bukan rambut eh tapi inner hitam beli kat habibi by alkenali. Best xpanas! Abaikan shawl xsemenggah itu biasalah dukung anak kan.


Selfie pagi tadi kat toilet. Instant shawl Ariani pinjam mummy punya. Hehe

The Bubblepearl (TBP)

Yang ni dah nenjadi kegilaan jugak. The bubblepearl. Ada berapa design sulam beads yang cantik2. Maryam, Zulaikha, Zehra, Hafeeda dan lain2 nama shawl tu. Material chiffon gorgeatte yg selesa, flowy senang bentuk peak. Daku lebih suka long shawl dari instant shawl actually.. senang nak gayakan macam2 and senang iron.  Boleh beli dengan my bff Nurul Alang. IG beliau @nurulbinialang or whatsapp 0177470740.


Me wearing Zulaikha 

Dah pakai shawl cantik2 jangan masuk mesin basuh lak yer. Basuh dengan PB Natural Wash ni untuk jaga kualiti shawl uolls yang gorgeous tu. Boleh beli dengan kita RM55 termasuk pos.



Aidijuma

Tudung bawal cotton ni memang selesa nak pakai ke mana2. Xpanas and senang bentuk. Printed cotton bawal design comel2 xyah beria nak iron. Nak gayakan cam shawl pun boleh. Gegirls ku yg 2 org tu pun suka pakai sebab ada gambar comel2.


Bila pakai bawal rasa muda sebab zaman undergrad memang pakai bawal jer. Kita tayang lipstick cozuma colour berry me. Psttt nak beli lipstick cozuma boleh order dengan kita yer. Best lipstick matte melindungi dan melembapkan bibir. Tiada chemical berbahaya. Ada collagen, vitamin E, vitamin C dan ekstrak papaya seed. Harga RM44/pcs. Eh terpromote pulak.

CC cream and lipgloss pun ada.



Naelofar hijab


Chic and basic kot yang ni. Instant shawl jenis pleated.


Terbeli lady D dengan alasan takde warna pink. Ekeke.

Banyak jugak eh collection Naelofar ni. Thumbelina, Lady angelina dan macam2. For me okla harga bawah 100.

Nak beli naelofar shawl boleh beli dengan my bff @fyda_zahari yer.

Okla ada banyak lagi nak citer. Next entry pulak yer. Nak raya ni mesti ramai dah ushar nak shopping kan kan. Before uoll muntah hijau I stop dulu yer. Bye!!!



Friday, 31 October 2014

Sugarscarf , Habibi by Alkenali dan butik di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Kedai baru di BBU bertentangan dengan Plaza Angsana, Johor Bahru dah ada macam2 butik terkenal di social media and affordable. Me opkos ler terjebaks sama. Dah stay kat BBU kan?  Budget RM200 boleh dapat dress yang cantik. Budget bawah RM100 boleh dapat shawl yg cantik. Kalau last minute nak gi event sempat sangat nak grab dress n shawl cantik2 kat sini. So far I baru sempat menyinggah ke butik Ariani, Calaqisya, Zawara, Rama-rama, Modest Culture, Sugarscarf, Habibi by Al-kenali, Glamorous Girl, Aidijuma and banyak lagi yang belom sempat singgah.

Ariani masa tahun 2008 kot dah terjebak dgn instant tudung awning. Masa tu Ekin Mawi kan jadi model. Byk gak collection Ariani kat rumah. Banyak yg xpakai. Tapi time travel memang membantu. xyah beria nak iron. Nak bersiap pon cepat jer. Now Ariani dah banyak range. Shawl cantik2. Tudung awning pon cantik. Utk yg bertudung labuh pon ada. Tudung Syria, cotton, lycra, chiffon semua ada. Range harga dari serendah RM20 ++ ke RM1000 ++. Huiiii 

Sederet Ariani & Jakel ada butik Fareeda, Restoran Hijo boleh tahan la sedap, Kedai One Baby World & Tadika Brainy Bunch. 



Di Central Plaza, Suratthani, Thailand
 ,
Di Factory Outlet, Bandung

Sambutan Hari Raya bersama Dato CT di Saloma Bistro, Tahun 2010 kalau xsilap.


Calaqisya memang ramai peminat seluruh Malaysia. Ramai yg minat Jubah Sabrina, LAJ, Syifa Patch dll. Kalau diorang buat sale gila panjang beratur.Pergh xsanggup den. Tapi mmg crazy sale. Sape yg berjaya pergi mmg dpt beli barang gila murah. My labmate pergi time happy hour. Beli jubah RM10 jekkkk. Cantik lak tu. Tapi berebut laa kan.

Kasut Pun ado..the calashoes tuuu..


..

I sempat gi Butik Modest Culture Inspired by Prof Muhaya masa pelancaran butik di BBU . My mom yang nak sangat pergi sebab nak cari tudung yg boleh cover bawah dagu tu. Modest Culture ni menawarkan Solat Ready Dress and Hijab. So boleh terus solat tanpa pakai telekung tanpa risau nampak aurat semasa solat. Masa pergi tu memang ada sale. I sempat grab dress warna fucshia pink berharga RM329. Masa beli tu harga RM169 je. Hampir 50% offer. N beli buku biografi beliau. Masa beli tu RM60 & ditandatangani oleh Prof Muhaya sendiri. Buku ni sangat2 best. Kalau uolls rasa sedih, bengang, marah or diuji dengan dugaan bacalah buku ni. Sangat motivated. Kita akan bersemangat untuk berjaya macam beliau dan mengutamakan akhirat.




Solat ready dress inspired by prof Muhaya 
(Abaikan model xpakai bj tu k; p)

Zawara pula tengok kat IG banyak yg lawa2. Harga pon ok. Tengok pulak model si cantik manis Esul seorang pelajar perubatan jadi model mmg jatuh hati tapi everytime gi xde saiz & pilihan xbanyak. So xpernah beli ape2 di Zawara. Sedey T_T. (Latest update sempat grab 2 blouse di Zawara masa offer Raya 2015)




Sugarscarf terkenal dengan koleksi madisonnya. So nak raya ritu sempat grab 2 helai madison classic Grey & madisan sofia Gold. Specific colour xsure. 2 helai je pon ..tapi kat IG ramai yg tanya nak letgo x madison tu. Oh no!! Dengar citer ada yang sanggup bayar RM200 utk preloved madison. Hrmmm. Padehal harga classic RM79 & sofia RM89. Baru2 ni grab sehelai Juliette lycra. Instant shawl. Okla me suka sbb xyah iron & senang nak pakai. Harga RM89. Satin Shawl & shawl biasa pun ada di sini.


 Madison classic 



Juliette Instant Shawl 


Butik habibi by alkenali I suka jugak. Jubah dia mcm pattern utk Europe tapi kain sesuai utk cuaca di Malaysia. Me pernah beli shawl leopard double stripe (RM39) & halfmoon dokhoh kipas (RM59). Masa beli shawl ritu ada promo dapat free  tribal shawl. Diorang ada jual INAT (Inner Neck Anti Tembam) meruncingkan muka yg bolat hehe. Kat atas butik ni ada butik Tysha jual hoodie, accesories, blouse, palazo, seluar pelikat Afdlin Shauki dll. Naelofar Hijab pun ada kat kedai ni. Ownernya sama dgn butik Habibi terletak sebelah PTPTN. kalau En Husband gi berurusan dgn PTPTN, kita pon menyinggah ler kat kedai sebelah. Hihi




Shawl Dokhoh Kipas


Hoodie from Butik Tysha (atas Butik Habibi byalkenali)

Butik rama-rama banyak kali jugak pergi sebab kat situ jual macam2 selain blouse. Skincare, cookies, food, drinks pon ada. Pernah mkn kentang berhantu, air kotak Hershey dll. Pernah beli blouse yg tinggal satu jer. Rama-rama offer RM25 jerrr. Murah sesangat kan. Then beli sehelai Palazo. Lupa harga. Byk jual kat luar tapi masa tu compare kat Rama-rama lebih murah. Al-Ikhsan terletak bersebelahan dengan Rama-rama Studio. Aidijuma sederet dengan Rama-rama Studio.






Shawl madison sofia from sugarscarf, blouse & palazo from Butik Rama-rama Studio

Khadijah Zohra memberi pilihan dress or jubah untuk wanita bersaiz besar. Plus size gituuu... saiz biasa pon ada jugak .Kat situ pon ada jual Instant shawl.

Ada jugak gi butik lain & beli accesories macam belt. Ape eh nama kedainya. berdekatan dengan PTPTN gak. Rina Salleh Clothing (RSC) pun ada disitu. berdepan dengan Radiusite kalau xsilap. Blouse, Shawl & Pencil skirt cantik2 jugak. 

Hrmm Radiusite pon antara yg glamour 
kan? Ada offer Jubah & shawl utk kids. Tapi belom grab ape2 lagi di situ. Nanti kita singgah lagi yer.


Radiusite 

Bella Ammara, Minaz pun ada sederet dengan Zawara, Cupchai & Mamak. Kedai Cakes & bakery pun ada d situ. Semua ni bertentangan dengan kedai yg ada Aidijuma


Byk lagi butik . Sila hapal ok. Hehe yg xsempat singgah mcm Hajra, Chenta Wati Scarf& byk lagi kot. Xhapal nama. Kat area sini banyak jugak kedai makan mcm Wadihana Islamik Steak House (xde dah sekarang...updated januari 2016) ,  Restoran Upin Ipin, restoran  Bakar-bakar steamboat & grill, cupchai,  mamak, western, restoran masakan melayu dll. 

ASB pon ada sebelah restoran Upin Ipin tu. Nanti kita review lagi yer.