Friday, 31 October 2014

Sugarscarf , Habibi by Alkenali dan butik di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Kedai baru di BBU bertentangan dengan Plaza Angsana, Johor Bahru dah ada macam2 butik terkenal di social media and affordable. Me opkos ler terjebaks sama. Dah stay kat BBU kan?  Budget RM200 boleh dapat dress yang cantik. Budget bawah RM100 boleh dapat shawl yg cantik. Kalau last minute nak gi event sempat sangat nak grab dress n shawl cantik2 kat sini. So far I baru sempat menyinggah ke butik Ariani, Calaqisya, Zawara, Rama-rama, Modest Culture, Sugarscarf, Habibi by Al-kenali, Glamorous Girl, Aidijuma and banyak lagi yang belom sempat singgah.

Ariani masa tahun 2008 kot dah terjebak dgn instant tudung awning. Masa tu Ekin Mawi kan jadi model. Byk gak collection Ariani kat rumah. Banyak yg xpakai. Tapi time travel memang membantu. xyah beria nak iron. Nak bersiap pon cepat jer. Now Ariani dah banyak range. Shawl cantik2. Tudung awning pon cantik. Utk yg bertudung labuh pon ada. Tudung Syria, cotton, lycra, chiffon semua ada. Range harga dari serendah RM20 ++ ke RM1000 ++. Huiiii 

Sederet Ariani & Jakel ada butik Fareeda, Restoran Hijo boleh tahan la sedap, Kedai One Baby World & Tadika Brainy Bunch. 



Di Central Plaza, Suratthani, Thailand
 ,
Di Factory Outlet, Bandung

Sambutan Hari Raya bersama Dato CT di Saloma Bistro, Tahun 2010 kalau xsilap.


Calaqisya memang ramai peminat seluruh Malaysia. Ramai yg minat Jubah Sabrina, LAJ, Syifa Patch dll. Kalau diorang buat sale gila panjang beratur.Pergh xsanggup den. Tapi mmg crazy sale. Sape yg berjaya pergi mmg dpt beli barang gila murah. My labmate pergi time happy hour. Beli jubah RM10 jekkkk. Cantik lak tu. Tapi berebut laa kan.

Kasut Pun ado..the calashoes tuuu..


..

I sempat gi Butik Modest Culture Inspired by Prof Muhaya masa pelancaran butik di BBU . My mom yang nak sangat pergi sebab nak cari tudung yg boleh cover bawah dagu tu. Modest Culture ni menawarkan Solat Ready Dress and Hijab. So boleh terus solat tanpa pakai telekung tanpa risau nampak aurat semasa solat. Masa pergi tu memang ada sale. I sempat grab dress warna fucshia pink berharga RM329. Masa beli tu harga RM169 je. Hampir 50% offer. N beli buku biografi beliau. Masa beli tu RM60 & ditandatangani oleh Prof Muhaya sendiri. Buku ni sangat2 best. Kalau uolls rasa sedih, bengang, marah or diuji dengan dugaan bacalah buku ni. Sangat motivated. Kita akan bersemangat untuk berjaya macam beliau dan mengutamakan akhirat.




Solat ready dress inspired by prof Muhaya 
(Abaikan model xpakai bj tu k; p)

Zawara pula tengok kat IG banyak yg lawa2. Harga pon ok. Tengok pulak model si cantik manis Esul seorang pelajar perubatan jadi model mmg jatuh hati tapi everytime gi xde saiz & pilihan xbanyak. So xpernah beli ape2 di Zawara. Sedey T_T. (Latest update sempat grab 2 blouse di Zawara masa offer Raya 2015)




Sugarscarf terkenal dengan koleksi madisonnya. So nak raya ritu sempat grab 2 helai madison classic Grey & madisan sofia Gold. Specific colour xsure. 2 helai je pon ..tapi kat IG ramai yg tanya nak letgo x madison tu. Oh no!! Dengar citer ada yang sanggup bayar RM200 utk preloved madison. Hrmmm. Padehal harga classic RM79 & sofia RM89. Baru2 ni grab sehelai Juliette lycra. Instant shawl. Okla me suka sbb xyah iron & senang nak pakai. Harga RM89. Satin Shawl & shawl biasa pun ada di sini.


 Madison classic 



Juliette Instant Shawl 


Butik habibi by alkenali I suka jugak. Jubah dia mcm pattern utk Europe tapi kain sesuai utk cuaca di Malaysia. Me pernah beli shawl leopard double stripe (RM39) & halfmoon dokhoh kipas (RM59). Masa beli shawl ritu ada promo dapat free  tribal shawl. Diorang ada jual INAT (Inner Neck Anti Tembam) meruncingkan muka yg bolat hehe. Kat atas butik ni ada butik Tysha jual hoodie, accesories, blouse, palazo, seluar pelikat Afdlin Shauki dll. Naelofar Hijab pun ada kat kedai ni. Ownernya sama dgn butik Habibi terletak sebelah PTPTN. kalau En Husband gi berurusan dgn PTPTN, kita pon menyinggah ler kat kedai sebelah. Hihi




Shawl Dokhoh Kipas


Hoodie from Butik Tysha (atas Butik Habibi byalkenali)

Butik rama-rama banyak kali jugak pergi sebab kat situ jual macam2 selain blouse. Skincare, cookies, food, drinks pon ada. Pernah mkn kentang berhantu, air kotak Hershey dll. Pernah beli blouse yg tinggal satu jer. Rama-rama offer RM25 jerrr. Murah sesangat kan. Then beli sehelai Palazo. Lupa harga. Byk jual kat luar tapi masa tu compare kat Rama-rama lebih murah. Al-Ikhsan terletak bersebelahan dengan Rama-rama Studio. Aidijuma sederet dengan Rama-rama Studio.






Shawl madison sofia from sugarscarf, blouse & palazo from Butik Rama-rama Studio

Khadijah Zohra memberi pilihan dress or jubah untuk wanita bersaiz besar. Plus size gituuu... saiz biasa pon ada jugak .Kat situ pon ada jual Instant shawl.

Ada jugak gi butik lain & beli accesories macam belt. Ape eh nama kedainya. berdekatan dengan PTPTN gak. Rina Salleh Clothing (RSC) pun ada disitu. berdepan dengan Radiusite kalau xsilap. Blouse, Shawl & Pencil skirt cantik2 jugak. 

Hrmm Radiusite pon antara yg glamour 
kan? Ada offer Jubah & shawl utk kids. Tapi belom grab ape2 lagi di situ. Nanti kita singgah lagi yer.


Radiusite 

Bella Ammara, Minaz pun ada sederet dengan Zawara, Cupchai & Mamak. Kedai Cakes & bakery pun ada d situ. Semua ni bertentangan dengan kedai yg ada Aidijuma


Byk lagi butik . Sila hapal ok. Hehe yg xsempat singgah mcm Hajra, Chenta Wati Scarf& byk lagi kot. Xhapal nama. Kat area sini banyak jugak kedai makan mcm Wadihana Islamik Steak House (xde dah sekarang...updated januari 2016) ,  Restoran Upin Ipin, restoran  Bakar-bakar steamboat & grill, cupchai,  mamak, western, restoran masakan melayu dll. 

ASB pon ada sebelah restoran Upin Ipin tu. Nanti kita review lagi yer.



2 comments:

  1. Sis if ada nak letgo maddy ss inform ye. InshaaAllah fast payment rosmrainbow@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada maddy classic sahaja colour beige & dark grey. Nama spesific xsure boleh whatsapp 0127404740 yer

      Delete