Showing posts with label Muhammad Rayyan Rizqie. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Rayyan Rizqie. Show all posts

Tuesday, 2 August 2016

Cerita Raya family kecilku

Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung Syawal. Entry kali ni Diana nak share gambar family bergambar di hari raya Aidilfitri sejak bergelar isteri kepada Kamarul Haizad. 💕

Manalah tau boleh jadi tatapan untuk anak2 bila dah besar nanti. N tatapan diri sendiri bila tua ker? Erkkk..


Kita kahwin tahun 2008 so raya tahun 2008 kitorang masih honeymoon lagi hihihi berdua jer. Masa ni xde tema. Pakai belasah je.

Raya tahun 2009 yang sulung masih dalan perut so time ni xbest sbb xdapat melaram pakai baju raya huhu. Xde pun bergambar. Pakai baju ngandung je la time tu.

Tahun 2010 & 2011 kami raya bertiga. Yang puteri sulung lahir 26 Okt 2009 diberi nama Nur Farisya Humayra binti Kamarul Haizad ataupun panggilan manja Bella.


Yang kiri tu lah puteri sulung kami. Yang baju kelabu tu cousin beliau. Masa ni tema purple. Walaupun baju mama tanah biru laut. Pakai tudung purple dah nampak purple kan. Hihi.

Puteri yang kedua lahir tahun 2012 seminggu sebelum bulan puasa. Oh hoho kena ganti sebulan puasa huwaaa. Kenangan yg xdpt dilupakan. Berpantang di bulan puasa sangat tak best huhu. Time raya pertama masih berpantang hari ke 37. Tapi daku sudah bedal rendang. Xtahan wehhh! Yang kedua diberi nama Nur Zahyrah Jasmine. Gambar tahun 2013 kat atas tu beliau dah setahun. 


Ni lah Nur Zahyrah Jasmine. Time preggy beliau mama suka betul tengok sinetron yg Yasmine Wildblood berlakon. Geram tengok kulit putih melepak beliau. Sekali jasmine lahir mmg putih gebus bulu mata extra long lagi. Hihi. Kening pun terbentuk.


Time ngandung & pantang jela daku gemok sikit hihi. Ni la gambar raya 2012 time pantang tuuu.




Masa ni Raya kedua tahun 2014 tu gegirls dah pakai gown. Raya rumah makcik bongsu en suami di Segamat. Gambar raya pertama mana ntah. Nanti eh kita carik 😅.


Raya tahun 2015 kami dah berlima. Yang ketiga lahirlah putera kami Muhammad Rayyan Rizqie. Masa ni Rayyan umur 3 bulan. Tema hijau lah gituu. Yg pompuan pakai kain cotton. Ni dengan family mertua. Yg bawah ni dengan family belah I laaa.


Yang bawah ni gambar raya 2016.


Tema purple 😊


My gegirls.. baju je sama tapi xsebulu asik gaduh jer. Biasalah adik beradik kan. Hiksss.


My siblings: #5 #4 #1 #3 #2


Muhammad Rayyan Rizqie.

Mamat ni ramai kata rupa mat salleh lah, arab lah, bosnia, palestin semua ada. Rambut curly perang sikit. Pergi mana2 ada je yang menegur. Ada yang kata macam Zain Saidin. Macam sofea jane pun ada. Ahaha sabor jelah daku. Ada jugak yg kata rupa pakcik dia yang bongsu. Ada yang kata rupa tokmi. Yelah dah keturunan menurun lah sikit kan. Ada yang tanya kat mama beliau kawen dengan mat salleh ker ahaii. 


Baru dapat kaki. Macam2 drama jugakla time beraya rumah orang. Pantang nampak carpet terus landing. Yekah rumah mama xpakai carpet. Jakun lah sikit agaknya.

Ada lagi pic yg nak share tapi nanti dah jumpa kita update lagi 😊. Terima kasih sudi singgah blog kita.






Thursday, 5 May 2016

Rayyan's first birthday celebration

23/04/2016 yang lepas genaplah umur Muhammad Rayyan Rizqie 1 tahun. How time flies????



Xplan nak wat birthday party sebab ramai kawan tiada. Pada hari yang sama ada kawan yang konvo, ada yang ke Diamond Night meraikan pencapaian Diamond, ada jugak merupakan hari bahagia, ada jugak pergi wedding.


"Congratez to my BFFs on their graduation day Dr Tan Sie Ting (PhD in Chemical Engineering) and Nurul Adibah Khairiyah (Master Education -Mathematics). Tudung hijau tu belum konvo. Ambil aura bergambar dengan yang dah konvo. Doakan saya yer kawan2 dan family."


"Tahniah to all TDC achievers!! DDM Syikin Salleh, DDM Olyn, DSM Aini Talib, DSM Azza Amri, DSM Siti Norizam dan DSM Rosman."

Tapi macam xbest lak kalau tak raikan budak mat salleh ni. Mat salleh lah sangat haha. Pergi mana2 mesti ada je yang tegur mix ke, kahwin dengan mat salleh ke, macam Zain Saidin, macam anak arab. Ahaha tak larat dah mamanya menjawab.

Last minute plan buatlah suka2 dengan family jer. Kebetulan  Kak Noi dan Achah pun ada. Gigih pagi2 mama masak pasta 3 jenis.

Macaroni and cheese kids suka. Senang jer buatnya. Rebus macaroni. Potong bawang putih  dan tumis dengan minyak zaiton. Letak sos prego cheese and herbs then letak macaroni yang dah direbus.  Boleh tambah keju parut and oregano. Tadaaa siap.



Bolognese xsedap haha. Letak bawang goreng untuk rasa lebih umphh. Hahah. Bawang goreng ni my sil & abang yang buat. Memang diorang ada jual sekitar Bangi. Ramai puji sedap. Nak order boleh contact beliau. Contact number : 016-6736661 (Suzila)



Aglio olio simple tapi pedas gilos bak hang. Xde sayur sebab xplan nak masak. Xcukup rencah. Ad sotong jer.



Then tambah beli mee rebus. Ni mummy yang payung. Kat mana lah adik bongsu haku ni beli. Dia malas nak tunggu mee rebus haji wahid kat angsana bukak kul12 dia beli kat tempat lain.

Malam sebelumnya jumpa makyong yang nak konvo di Sutera Mall. Dr Tan Sie Ting.

Alang2 beli lah birthday packs tema cars. Ada diskaun 50% sempena nak pindah ke tempat lain. Dari harga RM84 dapatlah diskaun RM42.





Cake and brownies tempah dengan kawan lab.
Boleh tengok kat IG or FB @delishbydestation Macam2 dia buat cream puff, nutella pods, rainbow cake, red velvet cake, fruit tart dll.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh tok abah. Then nanyi lagu happy birthday. Total kids 6 orang oklah kan hehe. Pastu potong kek and makan !!!


Birthday boy tengah tido kejutkan tukar baju kasi hensem and wangi sikit hehe. Mama pakainshawl peberet from The Bubblepearl boleh ushar di IG or FB page okeh. Cantik2 designnya. Material chiffon senang dibentuk.

Lepas ni boleh buat lagi kita ajak kawan2 & sedara mara yer.


The kecohnesss kids


Rayyan with Tokbah, Tokmi and Uncle Ebi