Dapat whatsapp dr family husband bgtau ayah (father-in-law) dihantar ke emergency dgn ambulans. Tengok pic dah rasa sedih. Terkejut tiba2 sakit. Doc dah suruh call anak2 blk sbb ayah dah kritikal. Bagitau sedara mara semua.
Kenangan aidilfitri 2016. Ayah, mak bersama cucu-cucu (tak cukup semua cucu ayah)
Tunggu di Emergency. Lebih kurang jam 1pm baru dapat jumpa ayah. Dah koma. Dah tak de peluang nak ckp lagi. Doc bg result CT Scan. Dengar explaination doc. Condition sgt kritikal. Darah tinggi sangat 200++/100++. Pembuluh darah pecah. Dah masuk ke kawasan cecair otak, otak semakin membengkak dan darah dah masuk area cerebellum, saraf tunjang. Area ni mengawal degupan jantung dan pernafasan. Kawasan ni sempit dan risiko tinggi untuk pembedahan. Jika bedah kondisi ayah mungkin sama kekal koma atau lebih buruk lagi. Jadi pembedahan tak dapat dibuat. Jantung ayah bila2 boleh berhenti. Tak dpt kawal kesedihan kat situ jugak tak dpt tahan sendu,air mata mengalir tanpa henti. Dah dpt bayangan yg ayah tak akan lama. Masa tu dah minta maaf kat ayah walaupun ayah dah tak boleh bangun lagi.
Ptg tengok kat wad. Dah ramai pelawat yg dtg. Sedara mara & kenalan ayah. BP reading normal. Heart beat ok. Rasa happy. Mungkinkah ada harapan. Mlm tu terbangun 4am..solat tahajud, hajat & baca yassin. Call mummy tanya mummy puasa ker. Risau jugak dgn kesihatan mummy. Ingatkan untuk makan ubat. Bila ingat mummy & abah pun banjir lagi air mata. Sampai sekarang masih susahkan diorang. Belum ada peluang lagi nak buat mummy & abah senang.
Orang yg kita sayang klu nk pergi anytime je. Masa tu kalau rasa menyesal dah tak guna.
Terbayang last dinner kat luar dgn ayah di Juara Seafood. Sakit gigi masa tu. Xtahan. Ayah sakit kaki. Tapi terus offer beli listerine kat Maslee blkg sbb kesian kan kita tanpa peduli kaki yg sakit.
Teringat jugak time bersalin Rayyan last year. Even sakit kaki & parking jauh. Gigih ayah jln nk tengok cucu dia yg baru lahir. Ayah ckp berapa kali berhenti & duduk sbb kaki sakit. Tapi sampai jugak. Memang sebak lah bila teringat even kita cuma menantu je.
11.10.2016
Kenangan majlis perkahwinan saya dan husband di Segamat bulan April 2008 dijalankan serentak dengan Long & Sha.
Kul 10 am lebih kurang dapat call dr nurse suruh ke hospital untuk bersedia segala kemungkinan. Bp dah drop 76/52 then 69/46 68... 67... 62... Dah tau yg bila2 ayah boleh pergi. Bergilir2 masuk dan bergilir2 baca yassin.. Masa baca yassin air mata tumpah lagi tak dapat tahan kesedihan. Graph ECG dr 4 peak.. turun 3 peak.. then 2 peak ... Kat telinga bisikkan ayah kalimah 2 shahadah, lailahaillaallah & kalimah Allah berulang kali. Ptg tu before blk BP ayah naik 71... lega sikit.. Tapi dah mula belajar untuk terima ketentuan Allah dgn redha. Mlm tu penat sgt nak tidur. Tiba2 husband dpt info doc srh ke hospital lebih kurang 11.20pm. Terus tak dapat tidur fikirkan ayah. Tak pergi sama sbb Rayyan dah tidur. Pukul 12.00 am whatsapp husband anything update. 12.15am dapat tau ayah dah tiada lagi. Innalillahiwainnailahirajiun...
12.10.2016
Throwback: Masa ni husband (depan sekali) bersama saya jadi pengapit untuk perkahwinan Herni & Sofar. Pic ni ayah tersenyum riang.
Rabu 7 am. Bersiap2 untuk solat jenazah di surau BBU dan pengebumian. Masa ni hati dah relakan pemergian ayah. Dah dpt kawal airmata dan tangisan. Jenazah ayah dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Aliff lebih kurang jam 9.45pagi. Lebih kurang 11am selamat urusan pengebumian ayah. Alhamdulillah urusan lancar. Arwah pergi dengan mudah sekali. Semoga roh Allah dicucuri rahmat.
Jika diingat kembali arwah ayah memang tak pernah tinggal solat & sentiasa solat awal waktu. Waktu subuh awal2 dah bangun tunggu azan. Time solat jumaat pun macamtu. Awal2 dah pergi masjid. Cuma kebelakangan ni ayah solat duduk atas kerusi. Sakit kakinya memang teruk juga. Semoga anak cucu ayah sentiasa menjaga solat 5 waktu. Alfatihah untuk almarhum Mustapha bin Ahmad.
Yang tinggal mummy, abah dan mak. I love you all.
Mummy
Abah
Mak
No comments:
Post a Comment