Showing posts with label The Diamond Circle. Show all posts
Showing posts with label The Diamond Circle. Show all posts

Monday, 30 January 2017

Manisnya 2016 , semoga 2017 bertambah awesome!

Hi all.. lama x update blog. Sikit lagi nak bersawang. Shioh2 spider xmo buat sawang okeh!

Awal 2017 ni agak hectic sikit bila 2 girls naik sekolah. Jasmine 5 tahun, Bella 8 tahun. Jasmine sekolah pagi 8am-12pm. Bella sekolah agama 10.15-11.45am then sekolah kebangsaan balik 6.30pm. Mama pening sikit dengan timetable diorang ni. Mama nak ke lab lagi. Penat wehh. Pagi keluar. Balik rumah lepas maghrib. Balik tau nak tido jek haha. Itupun nasib baik tokbah tolong amik hantar ke sekolah. Bella pun komplen penat balik sekolah dah petang sangat. Nak wat caner kan. Belajar lah untuk adapt. Bulan Januari pun dah nak sampai penghujungnya. Now everything is getting better. 


Mula2 rasa susah.Bila dah jadi rutin dah tak jadi masalah. Dalam family , semua kena main peranan. Tolong each other. InsyaAllah everything will go smoothly. 

Actually penghujung 2016 sangat manis. Tapi xberkesempatan nak update. 

Bulan 11 agak busy for me. Jadi commitee untuk workshop, then join conference. Dalam masa terdekat tu, attend TDC dinner.

Sebelum tu banyak good news yang Diana dapat. Review semula tahun 2016, banyak benda yang Diana dapat capai especially dalam business. Masa conference Diana terpilih antara Best Oral Presenter. Syukur alhamdulillah.

September 2016-Kenaikan pangkat Senior Sales Manager business partner Rahmah Mazlan atau dikenali dengan nama Nana Mazlan dengan accumulated sales 100K ++



Nana qualified TDC 10K challenge 3 bulan berturut2. Reward 3 helai duck scarves best kan?

October 2016 - Kenaikan pangkat business partner Fyda Razib sebagai Sales Manager dengan sales RM20000 ++. Even register RM50 sahaja dan busy sebagai full time housewife menguruskan 3 orang anak membuktikan tidak mustahil untuk berjaya. Diana sendiri naik pangkat sebagai Diamond Sales Manager dengan sales RM180,000 ++. Syukur sangat bonus setiap bulan konsisten 4 angka walaupun berniaga secara part time.





November 2016- Kenaikan pangkat Senior Sales Manager business partner Kak Nanie atau nama sebenar Bahiyah Adam daripada KL dengan sales RM60000 ++. Walaupun jauh di mata dekat di hati. Gituuu. Business ni adil. Siapa buat dia dapat. Bukan macam skim cepat kaya yang kayakan orang atas. Bulan ni juga raikan kenaikan pangkat sahabat dari zaman kerja part time di Pizza Hut, Farah Asilah sebagai Sales Manager dengan sales RM20000 ++



Syukur Alhamdulillah. Happy sangat bukan kita jer naik pangkat business partner pun naik pangkat sama. Tahun 2016 pun lebih ramai PB Expert di kalangan #teamdianahassan .





My lovely business partners from Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. InsyaAllah soon kita akan expand business ke Utara, Pantai Timur, Sabah & Sarawak. Peluang business terbuka juga untuk warga Singapura, Brunei dan Jakarta, Indonesia.

Tq kepada leader yang xjemu2 bagi bimbingan especially CDM Norain, CDM Shaliza Aziz dan rakan2 TDC team yang lain.




Barisan CDM of The Diamond Circle Team




The Diamond Circle team semasa menghadiri bengkel TDC Power 2.0 bulan Disember 2016.

Mungkin pencapaian ni biasa2 sahaja bagi orang lain. Tapi bagi Diana kejayaan kecil ni adalah pemangkin untuk kejayaan yang lebih besar. Untuk berjaya kita tak boleh cepat puas hati. Kena visualize setiap hari. Bulat hati dengan mentor. Gandakan usaha. Berdoa dan tawakal kepada Allah SWT. Jika kita gagal sekali pun jangan mudah putus asa. Redha dengan ketentuanNya. Positif selalu. InsyaAllah ada rezeki lain yang lebih besar untuk kita.


 So 2017 kita dah update vision board yg baru. Err vision board yang lama actually cuma tambah apa yang nak dicapai. Yang dah capai kita keluarkan. Hehehe


My latest vision board ..semoga dipermudahkan. Doakan Diana ya kawan2.

Love,

Diana Hassan
0127404740

Tuesday, 13 September 2016

Macammana nak bahagi masa antara study, family and business



Hi, lama xmenulis rasanya. Mlm ni nak coret sikit lah pasal life Diana.

Nobody is too busy, it is a matter of priorities.

Ada yg tanya macammana eh Diana boleh manage masa study, business, family lagi?

Ni ok lagi taw, 3 tahun lepas study + business + ajar tusyen + family. Lagi penattt seyh πŸ˜…. Alhamdulillah #syukurselalu

Bukan senang tapi tak mustahil. Bila ada cabaran, halangan tu yang buat kita move out from comfort zone.

Dugaan paling banyak lepas Diana register sbg student semula. Sambung study pun Allah dah tentukan rezeki kita biarpun Diana x plan nsk sambung study. Tq kepada mummy yang bersungguh menyokong Diana sambung PhD. Tq jugak kepada Prof Dr Ida Idayu yang bagi peluang ini.

Dah kategori byk umur jugak dgn financial tak stabil sambung study plus dgn perot boyot daftar sem 1. Postpone pula sbb xlama dah nak due.

Macam2 terjadi sepanjang perjalanan PhD Diana. 6 bulan tunggu biasiswa masuk. Ada pulak dugaan lain yang merentap jiwa emosi. Hati dilukakan oleh 3 orang insan. Boleh maafkan tapi susah nak lupakan. Kepercayaan pun dah hilang. Berendam air mata jugak..  orang yang terdekat sungguh memahami. Dekatkan diri dengan zikrullah, bacaan buku motivasi. Allah sayangkan kita. Kita diuji ikut kemampuan supaya kita dekat padaNya. Bila kita redha Allah bg rezeki yang tak disangka2. Allah bg rezeki sahabat2 sekeliling & family yang sangat baik dan sudi membantu. Family & sahabat baik offer pinjam duit even xmintak. Ribuan ringgit jugak. Alhamdulillah dah settle hutang mereka. You know who you are. Allah tu Maha Adil. Percaturan Allah cantik. Allah bg mcm2 rezeki. Rezeki dapat pergi Sri Lanka, Maldives, Bandung, Jakarta, Krabi, Khanom, Suratthani masa jadi student PhD ni. Sebelum ni xpernah pergi oversea pun. Rezeki kenal dengan orang yg baik2 even xrapat pun sebelum ni.

Rezeki lagi dipertemukan business dengan #TheDiamondCircle team. Allah bagi bahagia dengan cara ini. Masalah kewangan yang terhimpit beransur2 berkurang & decide untuk tidak ajar tusyen lagi. Allah bagi kesusahan sementara supaya Diana menjadi seorang yg kuat, tabah, x lupa asal usul dan tak leka dgn duniawi. Ujian demi ujian. Lepas tu pregnant pula anak ketiga. Lepas bersalin Diana sakit 6 bulan jugak. Dengan 3 orang anak lagi. Memang terganggu study. Business tetap jln sbb ni sumber kewangan yg Diana boleh buat even sakit. Mcm2 berubat moden tradisional. GH swasta. Perubatan Islam . Ribuan ringgit jugak untuk kos perubatan. Ada yg pandang negatif. Ada yg xpercaya kita ni sakit sbb aktif berbiznes. Untungnya berniaga di social media. Atas katil pun boleh berniaga. Abaikan pandangan manusia. Pandangan Allah yang utama.

Semua orang ada masa yang sama 24 jam sehari. Tentukan priority kita. Contoh uruskan anak2 memang dah rutin. Then dateline untuk paper katalah ada sebulan. So fokus pada paper. Siapkan lebih awal. Untuk business pula guna teknik yg diajar , social media tips . Business ni kena letakkan keutamaan jugak sebab ni sumber kewangan Diana. Nak isi minyak, nak makan. Nak buat modal business. Husband memang ada lah tapi komitmen sangat tinggi. Nak bayar kereta, rumah, loan, bil2, belanja rumah. Ramai kan even husband and wife bekerja still rasa xcukup. That's why ramai yang buat 2 kerja. Business online antara platform yang berkesan. Boleh buat dirumah bersama family. Pengorbanan ni sementara jer. Untuk business peruntukkan 2 jam sehari. InsyaAllah makin lama nampak hasil. Bila ada majlis ilmu letakkan priority. Kadang2 macam2 halangan tapi janganlah jadikan alasan. Contoh husband x support. Ramai yang bagi alasan. Janganlah letak awal2 alasan ni kat depan. Plan macammana nak pergi kelas. Anak macammana. Bukan uolls seorang je yang bekeluarga. Uolls kena buat sungguh2 hingga dapatkan hasil. Bila income business dah stabil 5 angka sebulan buat secara santai sambil boleh jaga anak family x terabai. Husband x support jugak ke?

Jangan lupa berdoa kepada Allah yang memberi kita rezeki. Yang menggerakkan hati orang2 untuk membeli barang yang kita jual. Niatkan juga supaya barang yang kita jual bermanfaat kepada orang yang menggunakannya.

Apa2 pun positif selalu. Tawakal pada Allah. Sedekah. Zikir Asma ul-husna. Allah yang bagi rezeki kat kita. Kita berserah kpd Allah. Sampai sini dulu ya. Doakan Diana habis study sem ni. 2016. Tq all.

Love,

Diana Hassan

Wednesday, 7 September 2016

August 2016 Achievement

A BIG CONGRATULATIONS TO THE DIAMOND CIRCLE!

A great achievement for August 2016

1. Total 6 new Sales Manager/Senior Sales Manager from TDC. Ada yang baru sebulan join dah achieve RM20000 sales. Wowww kan! Bangga berada dalam TDC team pimpinan CDM Shaliza Aziz dan barisan leader yang lain even antara group baru dan kecil tapi pencapaian boleh dibanggakan.



2. Total 14 people qualified for TDC RM10k sales challenge and they all will received the Exclusive DUCKSCARVES ! Yeay! Happy sangat bcoz of them is my business partner Nana Mazlan ;)



3. Our TDC sales increased 3x for last month. πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Group sales Diana sendiri meningkat 2 kali ganda in August 2016. Alhamdulillah.

4. New full time TDCpreneur with 5 figures income. Happy tengok kejayaan DDM Olyn. Seorang senior engineer dan ibu tunggal. Diana sentiasa ikut perkembangan beliau. Pindah rumah baru last year & sendiri buat inspection, kereta baru Honda HRV raya baru2 ni now dah buat full time dalam business ni. Now ada masa yang lebih banyak untuk anak2 beliau.

Congratulations to all the achievers and also to the leaders that make this happen. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Every achievement will counted and we nailed it team!

Lets fight more for September πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Bulan August 2016 kita pun baru meraikan qualifier SM dan SSM di IDCC Shah Alam.

Congratez to all TDC achievers Sales Manager RM20000 and Senior Sales Manager RM60000 bagi penganugerahan SM/SSM 2016 yang telah diadakan pada 13 Ogos 2016 di IDCC, Shah Alam.

Alhamdulillah sebelum ini, leaders & TDC team raikan Diana dah naik pentas untuk kedua2 achievement ni.

Now kejayaan diduplikasi oleh rakan business. Diana sangat happy bila kali ni Diana raikan business partner yang ke 4 untuk kenaikan pangkat Sales Manager dan TDC qualifiers yang lain. InsyaAllah kejayaan demi kejayaan akan dikecapi selepas ini. Doakan kelancaran rezeki perniagaan kami.


Mula2 fikir agak mustahil untuk capai sales RM20,000 bagi yang memulakan business dengan modal RM50. Tetapi dalam TDC kami buktikan boleh.  InsyaAllah penganugerahan akan datang lebih ramai calon Sales Manager dan Senior Sales Manager. Sama2 kita berada di puncak kejayaan.

Be my next protege!

Diana 0127404740

#TheDiamondCircle #health #beauty #businessopportunity #businesswithTDC #entrepreneur

Saturday, 6 August 2016

BENGKEL TDC POWER PART 1



Bengkel TDC Power - Part 1 telah berlangsung pada 30 Julai 2016 yang lalu. Lebih kurang seramai 70 orang usahawan TDC seluruh Malaysia dari Selatan, Utara dan Central telah hadir ke bengkel yang dianjurkankan oleh The Diamond Circle team ini yang bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu dan skills perniagaan di kalangan usahawan TDC.

Diana carpool ber6 from JB with Ira, Sis Yana, Jue, Reen and Sis Emmy. Tq to Ira owner kereta sudi tumpangkan we olls. Carpool ni best tau, seronok gi ramai2, dapat jimat & kurangkan carbon emission. Eh gituuu.. kitorang bertolak lebih kurang jam 7.15 am & sampai ke B31 Klang pada jam 10 am lebih kurang. Breakfast dalam kereta jer. Tq sis Yana bawa bekal sandwich sedap. I mmg bawak min kaffe bancuh dlm termos star trek beyond siap2. Hehe.



Cantik kan termos ni? Percuma je tau dengan setiap pembelian Min Kaffe. Tapi limited time je. Nak cecepats contact Diana ya!

Tema bengkel adalah formal dan kami diwajibkan memakai blazer.


Idea ketika seminar.. bolehla pakai ala2 macamni kan.

Pengisian bengkel yang sangat bermakna dengan 4 tajuk menarik bagi memantapkan skill perniagaan dan meningkatkan motivasi kami. Kami berkumpul dengan semangat dan matlamat iaitu ingin memajukan diri, mencapai impian dan qualify 5 star fully sponsored trip to Italy/Umrah ✈️✈️✈ yang baru sahaja diumumkan oleh Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM)️. Kami sangat beruntung berada di bawah team The Diamond Circle. Seminar seperti ini diberikan secara PERCUMA. Kalau nak pergi business training biasanya dikenakan yuran yang tinggi .



Slot pertama dengan suntikan semangat dari co-founder of the Diamond Circle Team, CDM Norain Nizar "Siapakah Anda Usahawan TDC". Jelas terpancar aura dan semangat di permulaan bengkel.



Slot kedua dengan tajuk "Bagaimana Menjana Jualan RM10,000 sebulan" dari DSM Azza Amri yang berkongsi rahsia untuk boost sales di social media secara teknikal. Latihan praktikal juga dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri audience dan menunjukkan teknik yang betul ketika melakukan aktiviti perniagaan.

Slot seterusnya  "Bagaimana Mendapatkan Rakan Kongsi" dari DDM Nurul Ain Zulkarnaind.
Ibu muda yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama berkongsi bagaimana kita bekerja secara berkumpulan lebih efisien berbanding bekerja sendirian.

Bengkel ini umpama sesi PECAH RAHSIA oleh speaker!! Banyak rahsia terbongkar dan ramai yang ingin tahu berniaga cara TDC. Pemimpin tak lokek ilmu, sedia dirujuk dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk team.

Bengkel ini juga ada booster untuk Italy/Umrah trip daripada founder The Diamond Circle sendiri, CDM Shaliza Aziz. Turut hadir memberikan semangat motivasi ialah CDM James yang telah bersama2 SHOM selama 24 tahun. 24 tahun bukan waktu yang sekejap untuk membuktikan sebuah company yang kukuh di pasaran. Beratus2 CDM telah lahir dalam SHOM dengan income bulanan 6 angka!


Bergambar bersama CDM Norain Nizar (di tengah) dengan business partner Diana from KL (Sis Nanie kiri sekali), Seremban (Ika kanan sekali) dan JB (Sis Yana sebelah Sis Nanie). Alhamdulillah makin lama team Diana semakin berkembang.

Masa pergi bengkel ni Diana tengok ramai yang dah berubah sampai tak cam. Ada yang makin kurus. Ada yang makin nampak muda. Ada yang nampak makin cantik. Penangan Premium Beautiful lah tu hehe

Okla, kesimpulannya bengkel TDC power part 1 ni sangat best. Antara perkara yang ditekankan:
Teknik berniaga online ✔
Strategi perniagaan berkumpulan✔
Peluang berniaga✔

After this mesti ada part 2 dengan slot yang lebih menarik. Tak sabar!

Jangan tunggu lagi??

Daftar sekarang!!!

Hubungi saya terus untuk menjadi my next protege.


πŸ“²0127404740
Nor Diana Hassan
Business Coach

#bengkelTDCpower #tdcpower #thediamondcircle #businesscoach #businessmentor #beyourownboss #entrepreneur #thepremiumbeautifulexpert

Tuesday, 3 May 2016

Rahsia Cermin Ajaib

Hai all!

Hari ni nak share tips berniaga lagi. Ramai yang berjaya bila konsisten amalkan. Sometimes kita kena lakukan sesuatu kelainan untuk memotivasi dan positifkan diri. Antara perkara yang kita boleh buat ialah:

✔bercakap depan cermin target kita hari ni (sales/income) -Rahsia Cermin Ajaib. Kata2 ibarat doakan. Cakap sorang2 apa yang kita nak sambil imagine. Biarlah orang dalam rumah tu nak kata apa.



✔Cakap dari hati apa yg kita nak achieve hari ini.. Bayangkan & buat power of mind. Ketika drive ke masak ke pun boleh buat.



✔vision board- letak apa yang ingin kita capai dan letak di tempat yang boleh dilihat setiap hari. Contoh menunaikan haji, saving RM500K, dream car, dream house.

✔Planner- tulis target setiap bulan/minggu/harian



✔Buat story telling apabila posting di social media (IG, FB & Blog)

✔Xtau nak buat ayat. Mula2 boleh copy & paste from mentor. Baca dan hayati. Lama2 terer tulis sendiri

✔Power promote. Jangan give up if xde orang beli jika baru 1 minggu berniaga. 1 bulan punxlayakgive up. Post hari2. Macam bukak kedai. Berniaga mestilah hari2 bukak kedai kan. Setuju dengan DSM Azza seorang ex-banker now full time buat business Sahajidah Haio bersama TDC.



✔Mandi motivasi setiap hari. Jika down jangan dilayan & biarkan berlarutan berhari2. Share yang positif sahaja di social media yer even tengah marah, kecewa, bengang dan sewaktu dengannya.



✔Minimum 10 post  (IG/FB) dalam 1 hari -5 about life 5 about business.

✔Minimum 3 entry per week untuk blog.

✔Business mestilah ada ilmu dan bermentor. Rajin2 datang kelas tuntut ilmu. Hormati leader walaupun siapa dia.

✔Belajar untuk atasi halangan. Macam2 cabaran dalam berbusiness. Hati kita kental untuk berjaya.



Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Diana 0127404740
Business Coach

Tuesday, 19 April 2016

Jom berniaga dengan The Diamond Circle-Kenapa Diana berniaga produk Haio?

STOK ASYIK MENYUSUT!!!



Hai all!! Stok selalu macam nilah. Menyusut tinggal satu2 jek. Harus ke stokis lagi.πŸ˜‰ Nasib mineral coffee & #bioselezapantyliner ada lebih dari 1. Klu tinggal 1 confirm nangis. Sendiri punya pun xde nanti. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Cerita santai2 la hari ini..just nak share pengalaman sendiri selama 2 tahun ++ berniaga produk haio.

Ni produk memang wajib ada stock in hand sbb customer selalu tetiba nak. Ada gula ada semut gitu. Kan? Alhamdulillah rezeki.

#bioseleza
#marineessence
#setkurusbajet
#garlic
#eziclean
#cozuma
#maharani
#bbpluscollagen

Produk haio mostly consumable products. Yang memang guna hari2. So habis je client repeat order. Sendiri pun pakai maaa. Untungnya berada dalam TDC. Hari2 ada sales. Alhamdulillah.



So memang kami buat business jual barang bukan skim cepat kaya.. Alah skim yang kononnya invest duit dpt duit lebih banyak katanya. Hrmmmm.. pernah terkena dulu. Xde maknanya huhu. So far this business TRANSPARENT dan ADIL.

Lagi untung business PREMIUM BEAUTIFUL. 1 set je untung RM400. Xmasuk bonus lagi + rebate.

KAYAKAN ORANG ATAS?

Honestly Diana tak rasa macam tu. Downline Diana buat sales 20K terus masuk bonus 5K. Bukan Diana yg dpt. Dia yg dpt. Upline Diana xde pulak goyang kaki lagi kuat mereka bekerja. Ke utara selatan timur barat tau untuk bantu business partner. Kalau goyang kaki memang xboleh pergi jauhlah.

TAKUT JUAL BARANG?

Bukan jual orang buat apa nak takut. πŸ˜…
Alhamdulillah produk SHOM sangat POPULAR dan HIGH DEMAND.

TAK PANDAI?

Kami dari background yang berbeza takde pun yang daripada business background. Team kami ada engineer, banker, lecturer,industrial worker, teacher, housewife & student pun ada. Tapi jangan risau training diberikan secara PERCUMA.

MODAL RIBU-RIBU?

Modal flexible. Dengan RM50 dah boleh start berniaga. Xde duit sbb tu lah kena berniaga.

BONUS BULANAN

Sekarang ni jika Diana ada RM20000, RM50000 memang Diana invest untuk produk haio sbb dah tau market & barang senang jual.

Cth: Invest bulan April 2016, 11hb Mei 2016 masuk terus duit bonus.

Diana join Jun 2013, bonus masuk setiap bulan since Julai 2013 WITHOUT FAIL.

Sebelum ni pernah punch RM1000 dapat bonus RM600 bulan depannya. Punch RM3000 dapat bonus RM1800. Punch RM600 dapat bonus RM800. Dapat lebih pulak dari yang kita invest. Klu masuk bank setahun pun belum tentu dapat bonus banyak ni untuk setahun.

Haio bagi bonus tiap2 bulan. Tiap2 bulan dapat bonus 3-4 angka. Barang dapat. Orang beli dapat balik modal. Ada untung runcit. Eh memang la seronok. Bonus ni makin lama makin besar sbb % bonus makin naik. Sales dari awal register dikira point untuk tentukan % bonus. Start dgn modal lebih tinggi % bonus u.

Pengalaman sendiri yang start dari distributor 3%. Once start dapat bonus 3 angka bonus makin meningkat
100++, 20++, 300++, 500++, 800++, 1000++

Imagine u start dengan modal 5K, 10K, 15K, 20K. Bulan depannya terus dapat bonus uolls tu.

Xjelas boleh pm me for consultation. Kita sembang teh tarik naaa eh sembang mineral coffee πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


MACAMMANA BOLEH BUAT BUSINESS NI?

Diana tak pernah guna produk haio sebelum ni sehinggalah diperkenalkan oleh sahabat Diana yang merupakan coursemate di UTM semasa sama-sama belajar degree in Chemical Engineering. Now my direct leader CDM Norain Nizar. Tahun 2013 baru start guna dan join ahli dengan yuran RM50.

Masa mula2 join ramai yang tanya berapa ribu Diana invest untuk business ni? Seriously RM50 sahaja untuk keahlian. Memang ada financial problem so memang TIADA MODAL.

Xde pun invest puluh2 ribu dan  then barang tak terjual. Diana memang start dari bawah sebab nak extra income. Sebelum ni buat part time mengajar tusyen sebab tu je yang Diana boleh buat. Memang perlukan side income sangat. Masa tu gaji husband seorang tak cukup. Rumah, kereta, susu pampers, nak makan, hutang personal loan erk macam2 lagilah.. tau jela duduk kat JB.

Diana ada biasiswa belajar still xcukup nak cover. Dapat extra RM400 pun rasa lah lega sikit. Nak berniaga tiada modal. Xpandai jahit xpandai baking. Masa tu nampak kawan2 berniaga. Terfikir nak berniaga. Tak tahu nak berniaga apa. Pelajar + ajar tusyen. Kira buat #2kerja lah kan. Then start berniaga jadilah #3kerja. Untung Diana boleh berniaga tanpa modal tinggi.

Mula2 guna untuk diri sendiri. Then promote kat FB & IG berdasarkan pengalaman sendiri & info dari katalog. IG pun xreti awal2. Tulis hashtag pun berterabur. Sbb tu kena ada MENTOR. Mentor lah banyak bantu kita. Dari skill, marketing, business plan. Nak berjaya kena duplicate mentor yang dah berjaya. Memang dalam The Diamond Circle (TDC) kami bekerja secara TEAMWORK.

Berbalik pada produk tadi, dah guna dan rasai sendiri keberkesanan barulah yakin nak share dengan orang lain. Orang order baru punch. Sebab tiada modal . Xde duitlah kena berniaga. Nasibla senang sikit sbb rumah mummy dekat dgn stokis. So mula2 bonus memang sikit sebab start dari distributor.

Start tanpa modal ni memang ambil masa sikit. Tapi Diana memang xputus asa. Masa tu tak fikir bonus sangat. Fikir dapat untung runcit RM200 pun rasa ok. Campur duit tusyen RM600 extra ok sangatlah for me.

Antara produk terawal Diana cuba ialah BBplus collagen & mineral coffee. Then Diana cuba pula marine essence, maharani, cozuma, bvsm, premium beautiful short bra. Lama2 hampir semua produk haio Diana dah cuba dan amalkan sehingga kini. Termasuklah minyak hitam JTX Gold, set pencuci Eziclean.

Pernah lah dengar orang ckp MLM penipu, haio menipu. Actually yang menipu tu bukan company tetapi orang yang menyalahgunakan plan pemasaran sebagai skim untuk dia kaya cepat. Lepas tu nama haio jugak yang tercalar. So far xde pulak Diana kerugian beribu2. Ramai jugak yang REJOIN team kami selepas tak berjaya buat business ni sebelum ni. Alhamdulillah ada yang capai pangkat SM selepas 3 bulan sahaja join business bersama The Diamond Circle.

PART TIME:GURU TUSYEN 2 TEMPAT

Ajar tusyen ni penat. Even cikgu tusyen sahaja pun perlu kuat mental fizikal nak hadapi kerenah student. Paling best ajar matematik, favourite subject. tak payah nak prepare sangat. Then ajar subject Science. Kena rajinlah lukis mind map, buat simple note nak bagi student faham. Kalau sama je student tak faham baik mereka takpayah pergi tusyen kan. Diana mengajar tusyen di 2 tempat sebab memang perlukan duit extra. Masa tu fikir nak dapat income supaya tak payah ajar tusyen lagi.

Lepas tu setiap kelas mesti ambil peluang untuk datang. Xsama apa yang u baca & diajar. Setiap kelas pasti ada knowledge baru. Actually apa2 business pun memang perlu ada ILMU. Even u ada produk yang bagus takde ilmu marketing produk u susah nak jual.

Alhamdulillah selepas 2 tahun Diana still business benda yang sama. Income sekarang lebih besar semasa buat 3 kerja (Student+ tusyen + business) even tak mengajar tusyen lagi. Semoga produk ini bermanfaat kepada semua yang menggunakan. Feedback positif belaka. 

PENCAPAIAN BUSINESS




Actually sebelum ni pernah buat beberapa business yang lain tapi xberapa nak menjadi. Untungnya Haio memberi point timbunan. Dari awal kita business point dikira. So semua orang ada peluang unyuk dapat BONUS BESAR. Bonus haio dari 3% hingga 67%. Masa awal2 start dari distributor 3% memang la sikit je. Sebab Diana tiada modal untuk berniaga. Tapi Diana xputus asa. 

Syukur alhamdulillah. 2x naik pentas. Tahun 2014 Anugerah SALES MANAGER (SM)-pencapaian RM20,000 sales dengan bonus 21%
Tahun 2015 Anugerah SENIOR SALES MANAGER (SSM)- pencapaian RM60,000 sales dengan bonus 26%




InsyaAllah tahun 2016 kita naik pentas Diamond Night pula untuk DIAMOND SALES MANAGER (DSM) pencapaian RM180,000 sales dengan bonus 31%. Ermm sikit je lagi. Keep fighting! Now Diana dah xperlu ajar tusyen. Income 2 kerja lebih besar dari income 3 kerja. Hehehe.

Diana juga happy sebab dah lahirkan 4 orang SM under my team. Now mereka tengah fight untuk SSM pula. Happy dengan kejayaan business partner juga. Bonus bulanan makin lama makin gemokss. Memang nak tengok semua business partner sama2 berjaya.

Ada jugak yang Diana tengok kawan2 di FB sangat active berniaga haio lepas tu senyap je. Ada yang dah join dari tahun 2010-2011 tapi xcapai  apa2. Alhamdulillah Diana berada dalam team yang betul. TDC memang latih team untuk menjadi usahawan. Uolls yang pernah join tapi dah xactive boleh rejoin semula dengan Diana.

Jangan lah takut berniaga. Bila cakap buat business tanya, "Saya kena jual barang ke?" .

Dah namanya berniaga haruslah jual barang. Mindset kena ubah. Mindset harus besar. Nampak semua sebagai peluang. Kalau awal-awal dah letak mindset susah jual barang memang sukar untuk  bertahan lama dalam sesuatu perniagaan.

Anyone yang nak tau pasal business ni boleh contact Diana untuk appointment.

Diana 0127404740
Business coach

Friday, 1 April 2016

Awesome March 2016

Hello April!

Plz be nice to me 😊. Hari Jumaat penghulu segala hari. Salam menjemput rezeki. 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan



Antara amalan sunnah hari jumaat
✔membanyakkan berselawat
✔membaca surah al-kahfi
✔memotong kuku
✔bersugi
✔memakai pakaian yang cantik
✔membanyakkan doa
✔membanyakkan amalan seperti bersedekah


Alhamdulillah received good news dari SHOM, The Diamond Circle team & business partners

πŸ’–SHOM memang suka bg surprise I like!


Promo yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga Jun 2016 yeay!!!

πŸ’–Closing March 2016 cemerlang aim more for April 2016 πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
πŸ’–Business partner pun bersemangat betul2 fight & all out .
πŸ’–Dah plan untuk #businesssharing & #appointment #blog #PT
πŸ’–My new biz partner baru 2 hari join biz sales dah RM300. 1 hari 300, 10hari? 30 hari?
πŸ’–Ada 2 new achievers in my team ➡ 2 orang Sales Manager & bakal ada new SSM yeah!!!

Will introduce the achievers very soon. Stay tune!

Memang awesome lah uolls!!

Contact me for business opportunity ok

Diana 0127404740
Business Coach


Monday, 28 April 2014

JTX Gold for fuel save, increase engine performance & reduce carbonfootprint

Minyak Hitam JTX Gold

Siapa kata lelaki je yg minat & sayang kereta. Selalu orang cakap kereta diibarat macam bini nombor 2 kan. Perempuan pun sayang kereta tau walaupun xberapa tahu pasal kereta macam I ni. Ae lagi kalau kereta tu nama sendiri & dibeli atas titik peluh sendiri. Macam suami nombor 2. Eh boleh gitu? Ahaha.

Model kereta yg I guna ialah Honda City Vtec dibeli pada tahun 2008, ni model Honda City yg lama sebelum model baru keluar ala bmw 3 series tu. Hujung Bulan 5 2014 ni genap 6 tahun dah. Hehehe. masa beli kereta pun few things i consider mcm penjimatan minyak, ruang selesa & bonet besar. Kalau boleh xnak kereta yg paut stereng n clutch ketat. I ni kurus kering penat tau nak drive mcmtu. Muscle i mmg xboleh nak kuar even gigih. Haha.


Abaikan model berspek senget tu yer. I la tu. Masa ni tahun 2008 lagi baru2 kawen. Alhamdulillah memang Honda City ni jimat minyak. Before kenaikan minyak, pergi balik BBU-UTM untuk 5 hari dalam RM 30 je. After kenaikan minyak, penggunaan minyak average RM10-RM15 satu hari. Lari banyak tu kan. Ramai yang mengeluh pasal kenaikan harga minyak ni. Bulan Feb 2014 tu I beli Minyak hitam JTX Gold. Excited nak guna. Tapi km belum cukup untuk servis. So sabar dulu. 2 tahun pertama memang servis kereta kat Honda sebab FREE. Siapa xsuka barang free kan? tapi after 2 years memang xpernah servis kat Honda. Takut mahal haha. Biasa servis kat bengkel bangunan PPDJB lama utk setiap 8000km. Minyak hitam ni harga depends kan. Kalau guna tukar minyak hitam Mobil RM110 + tukar oil filter RM10 + upah RM10.



Then awal bulan 4 tu start guna minyak hitam JTX Gold. Ni minyak tribologi bukan minyak sintetik. Servis untuk setiap 10000 km. Ni memang excited nak citer. Esoknya ke Segamat untuk attend wedding sepupu husband. Memang jimat minyak. Serius. Even En Husband bawak laju n asik potong memotong. Tau jela Jalan Segamat tu kan. Isi minyak RM50. Minyak x full tank pun. memang cukup JB-Segamat-JB & siap ada balance lagi. Sebelum kenaikan harga minyak, isi RM60 dah full tank. Memang ngam2 untuk pergi balik JB-Segamat- JB. Super jimatkan even minyak naik harga. Now i notice kalau isi minyak RM15-RM20 boleh pergi balik BBU-UTM 3kali. Average RM5 je sehari. Alhamdulillah mestila happy dapat cut cost untuk minyak. =)))) Kalau kereta yang kuat minyak mestila terasa beban untuk isi minyak. Nila caranya nak save cost.

My friend pernah tanya minyak tribologi kat bengkel. Owner bengkel tu ckp minyak tribologi ni bagus tapi susah nak dapat. Memang susah nak cari kalau gi kedai or bengkel biasa. Jangan susah hati sebab produk ni boleh dapat dari Haio distributor mcm I ok. Kalau nak cuba minyak hitam ni boleh contact Diana 012-7404740 (whatsapp/sms). FB: Diana Hassan. IG: dianahassan1211.


Untuk kereta juga kita ada new product>> JTX AIRTRACKER untuk lebih penjimatan minyak. Jadi org yang terawal guna ok. Lagi awal lagi jimat minyak. Ok pasni kita nak citer pasal Airtracker. Stay Tune ya!