Sunday 28 December 2014

Tanda-tanda nak bersalin: Pecah air ketuban, kelahiran pramatang.




Imbas kembali tanda-tanda nak bersalin Nur Farisya Humayra tahun 2009-Pecah air ketuban, kelahiran pramatang.

Actually dah tulis lama tapi sebelum ni xde blog. cari file lain terjumpa file ni. Terus update ler. Dah 6 tahun berlalu..

 Masa pregnant Humayra , Diana jenis lasak. Nak merayap jer kerjanya. Xreti nak lekat kat rumah. Masa awal2 preggy tu Keje as a chemist di Kilang Gelas. Lab hujung di belakang. Bahagian Admin, HR, surau, kantin semua kat depan. So satu hari berapa kali jugakla ulang-alik ke depan ke belakang. Then , Bulan Jun dapat kerja kat Jabatan Pelajaran Johor . Ofis kat tingkat 3. Memang turun naik tangga kerjanya. Huhu.

Time ni pun start pindah rumah sendiri. Time preggy Humayra rajin masak sendiri. Siap bawak bekal gi opis. Kul5 gitu dah bangun. Alhamdulillah masa ni puasa dapat penuh. Time raya tu first time raya rumah sendiri. Memang rajin masak untuk tetamu yang beraya kat rumah. Kaki bengkak masa kandungan dalam 7 bulan sebab lama berdiri. Then surut bengkaknya. After a week kaki bengkak balik.

Nak jadikan citer masa tu kandungan 35 weeks 24/10/09. Tengah baring atas sofa dengan hubby tengok tv dalam pukul 10 mlm gitu. Tetiba rasa macam terkencing. cepat2 gi bilik air. Apehal lak ni terkencing?xde rasa nak kencing tetibe air keluar banyak. Pas basuh tu air keluar lagi. Tapi xbau hancing pon. opsss. Call mummy. Mummy lak ke KL ke rumah along. Mummy cakap ntah2 air ketuban & mummy pesan gi hospital takut jadi ape2. Masa tu baru kemas ape yg patut. Keperluan baby & diri sendiri. Barang baby baru last weeknya gi. Itu pun beli sikit jer sbb plan nak beli lain kali.

Malam tu gak gi HSA. Gi Bilik saringan Dr cakap air ketuban dah pecah so kena tahan wad. Jalan baru bukak 3cm. Buku merah pun ada rekod 2 x jer gi klinik sebab check up Hospital Pakar Puteri masa tu. Eh Dr xcaya lak kandungan dah 35 weeks sebab perut kecik. Dr scan & ckp baru 33 weeks. iyolah Dr. Kira2 pramatang la ni. 37 weeks baru dikira matang. Then, dia ckp u ectopic after 2 months dah pregnant balik. Patut kena tunggu 2 tahun baru boleh pregnant balik. hah? Dr Laila kat Pakar Puteri tu suruh aku cepat2 pregnant dia lak kata kena tunggu 2 tahun. Confuse hakak taw.Time ni memang langsung xrasa sakit. Xmcm nak bersalin pun. Dah tengah mlm tu I keluar dari bilik saringan untuk ke wad. Hubby ckp la ingatkan dah bersalin. Hihi. Pergi daftar wad.

Masa tu layak dapat 1st class bilik berdua tapi sebab penuh dapat bilik berempat. Okla ramai kawan. Dpt sebilik dengan ibu mengandung yang perut besar2 belaka. Mana taknya seorang kembar , sorang kembar 3. besau betol perut cam nak meletup i tengok. huhu. Esoknya ada misi check perut. Dia tanya dah bersalin yer? i pon ckp eh belom. Mentang2 perut aku kecik hihi. Time tu nurse surh kira pergerakan baby berapa kali . I blur2 sotong gitu. kat swasta xajar pun kena kira ke haper mane la aku taw. Kena cukup at least 10x dalam masa 12 jam kalau xsilap. Then nurse pesan gak suruh check pad. Kalau tukar colour merah or hijau bagitau. Kalau merah maksudnya air ketuban dah habis. Kalau hijau baby dah makan taik. Dua2 bahaya untuk baby. Masa tidur malam tu dengar ada yang merintih kesakitan contraction. I jer pelik apesal xrasa ape2 ni? esoknya breakfast mcm biasa mkn memang berselera uolls. Nurse ckp hari ni kena induce kalau jalan xbuka jugak. Dalam tengahari tu after lunch masuk toilet. Keluar toilet nurse mencari rupanya. Terus dia suruh naik kerusi roda untuk ke labour room. Eh jap nak minum air dulu. Tak ready lagi taw. Nurse cakap bawak pampers sehelai sebab baby awak kena tahan wad. Belum bersalin pun dah cakap kena tahan wad. Sebab baby prem, kalau ok baru boleh keluar.


Then terus ke labour room. masuk air. Check bukaan baru 4cm. Ada seorang nurse pelatih setia menemani. Dia tanya sakit x? Jawabla tak. Lama2 mengantuk kesan ubat kot. N start rasa contraction. setengah jam sekali. 15 minit skali. 5 minit sekali dengan mata yang teramat mengantuk. Baru nak tido terkejut rasa sakit contraction. lama2 xtahan sakit. Check bukaan still 4cm. Beberapa Dr check . Time Dr India lelaki check dengar dia ckp czer. mcm xboleh nak normal sebab jalan xbukak. Then Dr Melayu cuba seluk bukaan 5cm. Boleh ni normal dia cakap. Berapa kali seluk sampai akhirnya 8cm. Diorang suruh teran. Xingatla berapa kali teran baru keluar. Itupon sangkut kat bahu kena gunting sikit. Time baby dah keluar tu boleh pulak pikir oh kalau sakit bersalin macamni boleh la beranak lagi. Haha. N time nak susukan baby tu memang mengantuk sangat sampai nurse cakap xpela kang terlepas pulak baby awak. Then baby terus kena hantar wad baby. Mama balik wad tanpa baby. Sedih... Humayra kena tahan wad 19 hari due to usus xmatang & xboleh hadam susu.





Nanti kalau rajin I tulis pengalaman bersalin anak kedua pulak yer. Now preggy anak ke3 week 32. Nervous gak even yg ke3. So far dua2 anak mengandung and bersalin memang lain even jantina sama.

Nur Farisya Humayra masa 2011


Anak kedua , Jasmine berbeza pulak tandanya..nti kita update blog yer.Stay tune!

berminat nak baca my experience:tanda-tanda hamil


Friday 31 October 2014

Sugarscarf , Habibi by Alkenali dan butik di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Kedai baru di BBU bertentangan dengan Plaza Angsana, Johor Bahru dah ada macam2 butik terkenal di social media and affordable. Me opkos ler terjebaks sama. Dah stay kat BBU kan?  Budget RM200 boleh dapat dress yang cantik. Budget bawah RM100 boleh dapat shawl yg cantik. Kalau last minute nak gi event sempat sangat nak grab dress n shawl cantik2 kat sini. So far I baru sempat menyinggah ke butik Ariani, Calaqisya, Zawara, Rama-rama, Modest Culture, Sugarscarf, Habibi by Al-kenali, Glamorous Girl, Aidijuma and banyak lagi yang belom sempat singgah.

Ariani masa tahun 2008 kot dah terjebak dgn instant tudung awning. Masa tu Ekin Mawi kan jadi model. Byk gak collection Ariani kat rumah. Banyak yg xpakai. Tapi time travel memang membantu. xyah beria nak iron. Nak bersiap pon cepat jer. Now Ariani dah banyak range. Shawl cantik2. Tudung awning pon cantik. Utk yg bertudung labuh pon ada. Tudung Syria, cotton, lycra, chiffon semua ada. Range harga dari serendah RM20 ++ ke RM1000 ++. Huiiii 

Sederet Ariani & Jakel ada butik Fareeda, Restoran Hijo boleh tahan la sedap, Kedai One Baby World & Tadika Brainy Bunch. 



Di Central Plaza, Suratthani, Thailand
 ,
Di Factory Outlet, Bandung

Sambutan Hari Raya bersama Dato CT di Saloma Bistro, Tahun 2010 kalau xsilap.


Calaqisya memang ramai peminat seluruh Malaysia. Ramai yg minat Jubah Sabrina, LAJ, Syifa Patch dll. Kalau diorang buat sale gila panjang beratur.Pergh xsanggup den. Tapi mmg crazy sale. Sape yg berjaya pergi mmg dpt beli barang gila murah. My labmate pergi time happy hour. Beli jubah RM10 jekkkk. Cantik lak tu. Tapi berebut laa kan.

Kasut Pun ado..the calashoes tuuu..


..

I sempat gi Butik Modest Culture Inspired by Prof Muhaya masa pelancaran butik di BBU . My mom yang nak sangat pergi sebab nak cari tudung yg boleh cover bawah dagu tu. Modest Culture ni menawarkan Solat Ready Dress and Hijab. So boleh terus solat tanpa pakai telekung tanpa risau nampak aurat semasa solat. Masa pergi tu memang ada sale. I sempat grab dress warna fucshia pink berharga RM329. Masa beli tu harga RM169 je. Hampir 50% offer. N beli buku biografi beliau. Masa beli tu RM60 & ditandatangani oleh Prof Muhaya sendiri. Buku ni sangat2 best. Kalau uolls rasa sedih, bengang, marah or diuji dengan dugaan bacalah buku ni. Sangat motivated. Kita akan bersemangat untuk berjaya macam beliau dan mengutamakan akhirat.




Solat ready dress inspired by prof Muhaya 
(Abaikan model xpakai bj tu k; p)

Zawara pula tengok kat IG banyak yg lawa2. Harga pon ok. Tengok pulak model si cantik manis Esul seorang pelajar perubatan jadi model mmg jatuh hati tapi everytime gi xde saiz & pilihan xbanyak. So xpernah beli ape2 di Zawara. Sedey T_T. (Latest update sempat grab 2 blouse di Zawara masa offer Raya 2015)




Sugarscarf terkenal dengan koleksi madisonnya. So nak raya ritu sempat grab 2 helai madison classic Grey & madisan sofia Gold. Specific colour xsure. 2 helai je pon ..tapi kat IG ramai yg tanya nak letgo x madison tu. Oh no!! Dengar citer ada yang sanggup bayar RM200 utk preloved madison. Hrmmm. Padehal harga classic RM79 & sofia RM89. Baru2 ni grab sehelai Juliette lycra. Instant shawl. Okla me suka sbb xyah iron & senang nak pakai. Harga RM89. Satin Shawl & shawl biasa pun ada di sini.


 Madison classic 



Juliette Instant Shawl 


Butik habibi by alkenali I suka jugak. Jubah dia mcm pattern utk Europe tapi kain sesuai utk cuaca di Malaysia. Me pernah beli shawl leopard double stripe (RM39) & halfmoon dokhoh kipas (RM59). Masa beli shawl ritu ada promo dapat free  tribal shawl. Diorang ada jual INAT (Inner Neck Anti Tembam) meruncingkan muka yg bolat hehe. Kat atas butik ni ada butik Tysha jual hoodie, accesories, blouse, palazo, seluar pelikat Afdlin Shauki dll. Naelofar Hijab pun ada kat kedai ni. Ownernya sama dgn butik Habibi terletak sebelah PTPTN. kalau En Husband gi berurusan dgn PTPTN, kita pon menyinggah ler kat kedai sebelah. Hihi




Shawl Dokhoh Kipas


Hoodie from Butik Tysha (atas Butik Habibi byalkenali)

Butik rama-rama banyak kali jugak pergi sebab kat situ jual macam2 selain blouse. Skincare, cookies, food, drinks pon ada. Pernah mkn kentang berhantu, air kotak Hershey dll. Pernah beli blouse yg tinggal satu jer. Rama-rama offer RM25 jerrr. Murah sesangat kan. Then beli sehelai Palazo. Lupa harga. Byk jual kat luar tapi masa tu compare kat Rama-rama lebih murah. Al-Ikhsan terletak bersebelahan dengan Rama-rama Studio. Aidijuma sederet dengan Rama-rama Studio.






Shawl madison sofia from sugarscarf, blouse & palazo from Butik Rama-rama Studio

Khadijah Zohra memberi pilihan dress or jubah untuk wanita bersaiz besar. Plus size gituuu... saiz biasa pon ada jugak .Kat situ pon ada jual Instant shawl.

Ada jugak gi butik lain & beli accesories macam belt. Ape eh nama kedainya. berdekatan dengan PTPTN gak. Rina Salleh Clothing (RSC) pun ada disitu. berdepan dengan Radiusite kalau xsilap. Blouse, Shawl & Pencil skirt cantik2 jugak. 

Hrmm Radiusite pon antara yg glamour 
kan? Ada offer Jubah & shawl utk kids. Tapi belom grab ape2 lagi di situ. Nanti kita singgah lagi yer.


Radiusite 

Bella Ammara, Minaz pun ada sederet dengan Zawara, Cupchai & Mamak. Kedai Cakes & bakery pun ada d situ. Semua ni bertentangan dengan kedai yg ada Aidijuma


Byk lagi butik . Sila hapal ok. Hehe yg xsempat singgah mcm Hajra, Chenta Wati Scarf& byk lagi kot. Xhapal nama. Kat area sini banyak jugak kedai makan mcm Wadihana Islamik Steak House (xde dah sekarang...updated januari 2016) ,  Restoran Upin Ipin, restoran  Bakar-bakar steamboat & grill, cupchai,  mamak, western, restoran masakan melayu dll. 

ASB pon ada sebelah restoran Upin Ipin tu. Nanti kita review lagi yer.



Thursday 18 September 2014

Bahaya dioxin - tuala wanita punca kanser rahim?

Keratan akhbar
Bahaya dioxin dalam sisa sampah

Tuala wanita dibuat daripada bahan kitar semula ➡diproses menggunakan peluntur dioxin ➡Penyebab kanser serviks ➡pembunuh wanita !!!


Pilihan alternatif ➡bioseleza direka khas untuk kesihatan rahim dan miss v 

Pad bioseleza dan ciri-ciri unik πŸ‘†

Antara testimoni/Feedback bioseleza




Untuk details dan harga bioseleza boleh rujuk sini


Here is my contact number
HP:0127404740 (Diana)
IG:@dianahassan1211
FB page:Premium Beautiful Expert by Diana Hassan






Saturday 12 July 2014

8 Keunikan Premium Beautiful yang mungkin anda tidak tahu???

Hai,

Salam Ramadhan..

Kali ni I nak share keunikan PB yang anda patut tahu. Excited nak share. Nak belanja testimoni banyak2. Hehe. Sharing is caring =)


Premium Beautiful Classic (kiri) dan Premium Beautiful Elegance (kanan)

1. PB untuk masalah sakit puan

Premium Beautiful merupakan salah satu ikhtiar untuk hamil. PB bantu lancarkan aliran darah, atasi masalah cyst, fibroid yang akan menghalang laluan dalam rahim. Lagi bagus ambil bersama Maharani yer.



2. PB untuk ibu berpantang

PB untuk berpantang dan sesuai juga bagi yang bersalin secara ceaser. Wife Mat Yo yang baru bersalin secara ceaser memilih Premium Beautiful Elegance untuk berpantang. Doctor pun advise jgn berjalan klu xpakai korset. Bengkung tradisional kena lilit2 kan. 


My direct leader aka my exclassmate di UTM, bakal DDM Mohd Ezam Shah bergambar bersama Mat Yo di hospital. 

Kadang2 kena minta tolong org lain pakaikan bengkuk tradisional sebab xketat klu ikat sendiri. Premium Beautiful lebih ringkas dan boleh pakai terus after berpantang.



3. PB membetulkan postur badan

PB bantu atasi masalah badan bongkok dan mendapatkan postur badan yang tegak. PB membantu masalah slip disc. Lelaki juga boleh pakai waist nipper PB.



4. PB mengempiskan perut buncit

PB bantu atasi masalah perut buncit serta merta. Dengan pemakaian secara konsisten, lemak akan diagihkan ke kawasan yang betul.

Tips: Untuk detoks dan singkirkan lemak berlebihan digalakkan ambil bersama BV alfalfa dan produk garam buluh. Haio Garlic membantu mengatasi masalah perut buncit dan angin dalam badan.





5.PB membuatkan pemakai bertenaga, atasi angin dan gastrik.

Selain membantu untuk bentuk badan yang lebih langsing, PB membuatkan badan kita lebih cergas bertenaga. Masalah angin dan gastrik pun hilang! So memang best diambil ketika puasa. PB juga mengatasi masalah senggugut dan migraine. Bestkan? Lagi best ambil juga BV Alfalfa dan mineral coffee.



6. PB untuk yang berbadan kurus

PB sesuai juga untuk mereka yang kurus tau. Selalu kena ejek badan seperti Olivia bini popeye. Dengan pemakaian PB corset badan lebih curvy, malah anda lebih sihat!! confirm mereka yg ejek tu akan jeles dengan penampilan baru anda!



7. PB untuk pesakit asthma

PB mengatasi masalah asthma. Saya sendiri pesakit asthma sejak tadika. Zaman sekolah byk kali warded. After menggunakan short bra premium beautiful, last kena asthma attack bulan Feb 2014. Start pakai pertengahan bulan Feb 2014. Alhamdulillah dah xguna inhaler & xde dah gi emergency untuk amik nebulizer even hari2 saya minum ais still ok lagi. Alhamdulillah.


8. PB sesuai digunakan pada cuaca panas & sejuk.

Tahu x uolls PB sesuai dipakai  bila2 masa ketika cuaca panas dan sejuk? Ciri2 unik fabrik akwatek & akwadyne menyejukkan badan ketika cuaca panas dan sebaliknya memanaskan badan ketika cuaca sejuk.




PB elegance! dengan design yg lebih mewah, fabrik yg lebih lembut dan sangat selesa xseperti pakai korset pon.

Close up sikit!

Haaa cantikkan??

Secara keseluruhan, Premium Beautiful direka khas 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan.


Utk dapatkan explaination yg lebih details, boleh buat appointment dengan Diana. Boleh contact my number 012-7404740 yer. Dapatkan harga special daripada Diana skrg! Jimat RM300 hingga RM800!!

FB: Diana Hassan
Instagram: dianahassan1211

Wednesday 9 July 2014

BV Alfalfa Concentrate untuk detox, tenaga dan singkir kolestrol




Hai uolls! Ramai kan dah tau khasiat Raja segala tumbuhan>> alfalfa. Ramai jugak yang tak tau betul x? Akar alfalfa ni tersangatla panjang. Tinggi kita pun. Xsampai 2m tapi alfalfa ni boleh capai 15m. Dapat bayangkan panjangnya macammana?

Ciri-ciri alfalfa
✔Ciri unik akar mencapai panjang 15m menyerap mineral dan vitamin dlm tanah
✔Mengandungi 4x ganda klorofil dari sayuran biasa


Mekanisme dlm badan:

πŸ‘Pembersihan
~mencuci usus dan darah
~mencegah bakteria
~membuang toksin 
~meningkatkan kandungan oksigen

πŸ‘Penyelarasan
~menstabilkan pH dlm badan (alfalfa bersifat alkali)
~meningkatkan sistem imun

πŸ‘Pembekalan nutrient 
~meningkatkan sel darah merah
~meningkatkan pertumbuhan sel tubuh
~meningkatkan metabolisme badan

Tak suka makan sayur, amalkan bv alfalfa okeh. 
1 sudu besar bv alfalfa = 1 kg sayur

Banyakkan khasiatnya. Larat ke nak makan 1 kg sayur setiap hari?


πŸ‘Kebaikan:
✔Menghalang pertumbuhan bakteria
utk kebersihan mulut 
✔Menghilangkan bau badan/mulut
✔senggugut
✔cegah anaemia
✔kurangkan sakit tekak dan batuk
✔melancarkan sistem penghadaman
✔melegakan asthma
✔penyembuhan luka
✔anti keradangan
✔gout
✔resdung, jerawat dan eczema
✔menurunkan paras kolestrol




~kelebihan bvalfalfa disuntik tenaga dgn menggunakan teknologi biovelocity
~merupakan salah 1 item dalam set kurus bajet
~sesuai bagi yang tak suka supplement berbentuk pil
~rasa yang boleh diterima (xde rasa pahit dan bau pelik) macam minum air masak je
~boleh dicampur dlm minuman dan masakan seperti agar2, spagheti, nasi lemak dan lain-lain
~boleh diambil kanak2
~bertenaga di bulan puasa 




Uolls ni yang kreatif ni boleh buat macam2 daripada bv alfalfa untuk tingkatkan nutrisi makanan.

Antara feedback dari customer





Harga BV Alfalfa

1 Botol RM89 sahaja ( Free postage)

Diana 0127404740


IG:@dianahassan1211
FB: Premium Beautiful Expert by Diana Hassan