Wednesday, 12 October 2016

Memori terakhir bersama ayah

10.10.2016

Dapat whatsapp dr family husband bgtau ayah (father-in-law) dihantar ke emergency dgn ambulans. Tengok pic dah rasa sedih. Terkejut tiba2 sakit. Doc dah suruh call anak2 blk sbb ayah dah kritikal. Bagitau sedara mara semua.

Kenangan aidilfitri 2016. Ayah, mak bersama cucu-cucu (tak cukup semua cucu ayah)

Tunggu di Emergency. Lebih kurang jam 1pm baru dapat jumpa ayah. Dah koma. Dah tak de peluang nak ckp lagi. Doc bg result CT Scan. Dengar explaination doc. Condition sgt kritikal. Darah tinggi sangat 200++/100++. Pembuluh darah pecah. Dah masuk ke kawasan cecair otak, otak semakin membengkak dan darah dah masuk area cerebellum, saraf tunjang. Area ni mengawal degupan jantung dan pernafasan. Kawasan ni sempit dan risiko tinggi untuk pembedahan. Jika bedah kondisi ayah mungkin sama kekal koma atau lebih buruk lagi. Jadi pembedahan tak dapat dibuat. Jantung ayah bila2 boleh berhenti. Tak dpt kawal kesedihan kat situ jugak tak dpt tahan sendu,air mata mengalir tanpa henti. Dah dpt bayangan yg ayah tak akan lama. Masa tu dah minta maaf kat ayah walaupun ayah dah tak boleh bangun lagi.

Ptg tengok kat wad. Dah ramai pelawat yg dtg. Sedara mara & kenalan ayah. BP reading normal. Heart beat ok. Rasa happy. Mungkinkah ada harapan. Mlm tu terbangun 4am..solat tahajud, hajat & baca yassin. Call mummy tanya mummy puasa ker. Risau jugak dgn kesihatan mummy. Ingatkan untuk makan ubat. Bila ingat mummy & abah pun banjir lagi air mata. Sampai sekarang masih susahkan diorang. Belum ada peluang lagi nak buat mummy & abah senang.

Orang yg kita sayang klu nk pergi anytime je. Masa tu kalau rasa menyesal dah tak guna.

Terbayang last dinner kat luar dgn ayah di Juara Seafood. Sakit gigi masa tu. Xtahan. Ayah sakit kaki. Tapi terus offer beli listerine kat Maslee blkg sbb kesian kan kita tanpa peduli kaki yg sakit.

Teringat jugak time bersalin Rayyan last year. Even sakit kaki & parking jauh. Gigih ayah jln nk tengok cucu dia yg baru lahir. Ayah ckp berapa kali berhenti & duduk sbb kaki sakit. Tapi sampai jugak. Memang sebak lah bila teringat even kita cuma menantu je.

11.10.2016

Kenangan majlis perkahwinan saya dan husband di Segamat bulan April 2008 dijalankan serentak dengan Long & Sha.

Kul 10 am lebih kurang dapat call dr nurse suruh ke hospital untuk bersedia segala kemungkinan. Bp dah drop 76/52 then 69/46 68... 67... 62... Dah tau yg bila2 ayah boleh pergi. Bergilir2 masuk dan bergilir2 baca yassin.. Masa baca yassin air mata tumpah lagi tak dapat tahan kesedihan. Graph ECG dr 4 peak.. turun 3 peak.. then 2 peak ... Kat telinga bisikkan ayah kalimah 2 shahadah, lailahaillaallah & kalimah Allah berulang kali. Ptg tu before blk BP ayah naik 71... lega sikit.. Tapi dah mula belajar untuk terima ketentuan Allah dgn redha. Mlm tu penat sgt nak tidur. Tiba2 husband dpt info doc srh ke hospital lebih kurang 11.20pm. Terus tak dapat tidur fikirkan ayah. Tak pergi sama sbb Rayyan dah tidur. Pukul 12.00 am whatsapp husband anything update. 12.15am dapat tau ayah dah tiada lagi. Innalillahiwainnailahirajiun...

12.10.2016

Throwback: Masa ni husband (depan sekali) bersama saya jadi pengapit untuk perkahwinan Herni & Sofar. Pic ni ayah tersenyum riang.

Rabu 7 am. Bersiap2 untuk solat jenazah di surau BBU dan pengebumian. Masa ni hati dah relakan pemergian ayah. Dah dpt kawal airmata dan tangisan. Jenazah ayah dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Aliff lebih kurang jam 9.45pagi. Lebih kurang 11am selamat urusan pengebumian ayah. Alhamdulillah urusan lancar. Arwah pergi dengan mudah sekali. Semoga roh Allah dicucuri rahmat.

Jika diingat kembali arwah ayah memang tak pernah tinggal solat & sentiasa solat awal waktu. Waktu subuh awal2 dah bangun tunggu azan. Time solat jumaat pun macamtu. Awal2 dah pergi masjid. Cuma kebelakangan ni ayah solat duduk atas kerusi. Sakit kakinya memang teruk juga. Semoga anak cucu ayah sentiasa menjaga solat 5 waktu. Alfatihah untuk almarhum Mustapha bin Ahmad.

Yang tinggal mummy, abah dan mak. I love you all.

Mummy

Abah

Mak



Tuesday, 13 September 2016

Macammana nak bahagi masa antara study, family and business



Hi, lama xmenulis rasanya. Mlm ni nak coret sikit lah pasal life Diana.

Nobody is too busy, it is a matter of priorities.

Ada yg tanya macammana eh Diana boleh manage masa study, business, family lagi?

Ni ok lagi taw, 3 tahun lepas study + business + ajar tusyen + family. Lagi penattt seyh 😅. Alhamdulillah #syukurselalu

Bukan senang tapi tak mustahil. Bila ada cabaran, halangan tu yang buat kita move out from comfort zone.

Dugaan paling banyak lepas Diana register sbg student semula. Sambung study pun Allah dah tentukan rezeki kita biarpun Diana x plan nsk sambung study. Tq kepada mummy yang bersungguh menyokong Diana sambung PhD. Tq jugak kepada Prof Dr Ida Idayu yang bagi peluang ini.

Dah kategori byk umur jugak dgn financial tak stabil sambung study plus dgn perot boyot daftar sem 1. Postpone pula sbb xlama dah nak due.

Macam2 terjadi sepanjang perjalanan PhD Diana. 6 bulan tunggu biasiswa masuk. Ada pulak dugaan lain yang merentap jiwa emosi. Hati dilukakan oleh 3 orang insan. Boleh maafkan tapi susah nak lupakan. Kepercayaan pun dah hilang. Berendam air mata jugak..  orang yang terdekat sungguh memahami. Dekatkan diri dengan zikrullah, bacaan buku motivasi. Allah sayangkan kita. Kita diuji ikut kemampuan supaya kita dekat padaNya. Bila kita redha Allah bg rezeki yang tak disangka2. Allah bg rezeki sahabat2 sekeliling & family yang sangat baik dan sudi membantu. Family & sahabat baik offer pinjam duit even xmintak. Ribuan ringgit jugak. Alhamdulillah dah settle hutang mereka. You know who you are. Allah tu Maha Adil. Percaturan Allah cantik. Allah bg mcm2 rezeki. Rezeki dapat pergi Sri Lanka, Maldives, Bandung, Jakarta, Krabi, Khanom, Suratthani masa jadi student PhD ni. Sebelum ni xpernah pergi oversea pun. Rezeki kenal dengan orang yg baik2 even xrapat pun sebelum ni.

Rezeki lagi dipertemukan business dengan #TheDiamondCircle team. Allah bagi bahagia dengan cara ini. Masalah kewangan yang terhimpit beransur2 berkurang & decide untuk tidak ajar tusyen lagi. Allah bagi kesusahan sementara supaya Diana menjadi seorang yg kuat, tabah, x lupa asal usul dan tak leka dgn duniawi. Ujian demi ujian. Lepas tu pregnant pula anak ketiga. Lepas bersalin Diana sakit 6 bulan jugak. Dengan 3 orang anak lagi. Memang terganggu study. Business tetap jln sbb ni sumber kewangan yg Diana boleh buat even sakit. Mcm2 berubat moden tradisional. GH swasta. Perubatan Islam . Ribuan ringgit jugak untuk kos perubatan. Ada yg pandang negatif. Ada yg xpercaya kita ni sakit sbb aktif berbiznes. Untungnya berniaga di social media. Atas katil pun boleh berniaga. Abaikan pandangan manusia. Pandangan Allah yang utama.

Semua orang ada masa yang sama 24 jam sehari. Tentukan priority kita. Contoh uruskan anak2 memang dah rutin. Then dateline untuk paper katalah ada sebulan. So fokus pada paper. Siapkan lebih awal. Untuk business pula guna teknik yg diajar , social media tips . Business ni kena letakkan keutamaan jugak sebab ni sumber kewangan Diana. Nak isi minyak, nak makan. Nak buat modal business. Husband memang ada lah tapi komitmen sangat tinggi. Nak bayar kereta, rumah, loan, bil2, belanja rumah. Ramai kan even husband and wife bekerja still rasa xcukup. That's why ramai yang buat 2 kerja. Business online antara platform yang berkesan. Boleh buat dirumah bersama family. Pengorbanan ni sementara jer. Untuk business peruntukkan 2 jam sehari. InsyaAllah makin lama nampak hasil. Bila ada majlis ilmu letakkan priority. Kadang2 macam2 halangan tapi janganlah jadikan alasan. Contoh husband x support. Ramai yang bagi alasan. Janganlah letak awal2 alasan ni kat depan. Plan macammana nak pergi kelas. Anak macammana. Bukan uolls seorang je yang bekeluarga. Uolls kena buat sungguh2 hingga dapatkan hasil. Bila income business dah stabil 5 angka sebulan buat secara santai sambil boleh jaga anak family x terabai. Husband x support jugak ke?

Jangan lupa berdoa kepada Allah yang memberi kita rezeki. Yang menggerakkan hati orang2 untuk membeli barang yang kita jual. Niatkan juga supaya barang yang kita jual bermanfaat kepada orang yang menggunakannya.

Apa2 pun positif selalu. Tawakal pada Allah. Sedekah. Zikir Asma ul-husna. Allah yang bagi rezeki kat kita. Kita berserah kpd Allah. Sampai sini dulu ya. Doakan Diana habis study sem ni. 2016. Tq all.

Love,

Diana Hassan

Wednesday, 7 September 2016

August 2016 Achievement

A BIG CONGRATULATIONS TO THE DIAMOND CIRCLE!

A great achievement for August 2016

1. Total 6 new Sales Manager/Senior Sales Manager from TDC. Ada yang baru sebulan join dah achieve RM20000 sales. Wowww kan! Bangga berada dalam TDC team pimpinan CDM Shaliza Aziz dan barisan leader yang lain even antara group baru dan kecil tapi pencapaian boleh dibanggakan.



2. Total 14 people qualified for TDC RM10k sales challenge and they all will received the Exclusive DUCKSCARVES ! Yeay! Happy sangat bcoz of them is my business partner Nana Mazlan ;)



3. Our TDC sales increased 3x for last month. 👍👍👍
Group sales Diana sendiri meningkat 2 kali ganda in August 2016. Alhamdulillah.

4. New full time TDCpreneur with 5 figures income. Happy tengok kejayaan DDM Olyn. Seorang senior engineer dan ibu tunggal. Diana sentiasa ikut perkembangan beliau. Pindah rumah baru last year & sendiri buat inspection, kereta baru Honda HRV raya baru2 ni now dah buat full time dalam business ni. Now ada masa yang lebih banyak untuk anak2 beliau.

Congratulations to all the achievers and also to the leaders that make this happen. 👏🏻👏🏻

Every achievement will counted and we nailed it team!

Lets fight more for September 💪💪💪💪

Bulan August 2016 kita pun baru meraikan qualifier SM dan SSM di IDCC Shah Alam.

Congratez to all TDC achievers Sales Manager RM20000 and Senior Sales Manager RM60000 bagi penganugerahan SM/SSM 2016 yang telah diadakan pada 13 Ogos 2016 di IDCC, Shah Alam.

Alhamdulillah sebelum ini, leaders & TDC team raikan Diana dah naik pentas untuk kedua2 achievement ni.

Now kejayaan diduplikasi oleh rakan business. Diana sangat happy bila kali ni Diana raikan business partner yang ke 4 untuk kenaikan pangkat Sales Manager dan TDC qualifiers yang lain. InsyaAllah kejayaan demi kejayaan akan dikecapi selepas ini. Doakan kelancaran rezeki perniagaan kami.


Mula2 fikir agak mustahil untuk capai sales RM20,000 bagi yang memulakan business dengan modal RM50. Tetapi dalam TDC kami buktikan boleh.  InsyaAllah penganugerahan akan datang lebih ramai calon Sales Manager dan Senior Sales Manager. Sama2 kita berada di puncak kejayaan.

Be my next protege!

Diana 0127404740

#TheDiamondCircle #health #beauty #businessopportunity #businesswithTDC #entrepreneur