Thursday, 31 March 2016

Maldives and Sri Lanka- my first overseas trip

Assalamualaikum semua. Kali ni Diana nak share my experience join Summer School di Maldives and Sri Lanka hujung tahun 2012. Berzaman dah tapi baru skrg tergerak nak share. Hihi. Actually Summer School ni under Student Mobility Program UTM on Advance Research Skill untuk postgraduate students. Lawatan sambil belajar. Ada assignment, research, report & presentation. Bukan jenjalan semata2 ok. Yang best ianya di sponsor. Ke Maldives lak tu. Alhamdulillah rezeki. Kira kitorang 1st batch untuk program ni. Next diorang sudah ke Uzbekistan, Morocco & Spain. Arghh bestnya!! Seorang boleh pergi sekali jer. Nak pergi lagi boleh tapi sendirian berhad ok.



Assoc. Prof Dr Firdausi Razali yg bertanggungjawab utk program ni dan dibantu oleh DR Eraricar Salleh & Dr Dayang NorulFairuz Abang Zaidel. Masa ke Maldives tu kitorang transit di Sri Lanka and spend 2 nights there. Peruntukan yang diberikan utntuk setiap student RM2500 kalau xsilap. Flight ticket dalam RM1300. Ni rate masa tu la. Direct flight ke Maldives pun ada. Tapi route ni cheaper masa tu.

Date
Transit
30/11/12





Stay 2 day
2/12/12
Flight: Tiger Airways (TR 2572)
Singapore à Colombo
20:50              22:20
SGD120.00
RM300.41

Flight: Srilankan Airlines
Colombo à Male (Maldives)
14:05             15:00
LKR 17,400.00
RM410.64


9/12/12

Flight: Srilankan Airlines
Male (Maldives) à Colombo
15:50     17:45
USD 124.50
RM381.09

Flight: Tiger Airways (TR 2573)
Colombo à Singapore
23:15            05:40
LKR7500
RM283.20

Total amount (2 ways flight)
RM1375.34








Sri Lanka sebelum gi kena apply visa online. ETA. xingat berapa dulu 20 USD kalau xsilap. Skrg mungkin rate dah lain. Kalau Maldives Visa on Arrival. Sampai kat Airport nampak bas ni. Sgt legend ok. 


Kitorang naik 2 van & 1 jip masa tu. Ya Allah rasa macam naik roller coaster haha. Fening babe. Jln dah la xrata berselekoh diorang bawak gila laju. Pastu asik hon je setiap minit.  Feninggg!! Aiyooo!!

Sri Lanka yg heaven ialah Food!! kat sana murah, banyak & sedap. Kat Sri Lanka kitorang stay dekat ngan laut. 


Homestay yang kitorang duduk ni cantik, nice deco sedap mata memandang cuma kecik jer. Satu bilik ada 3 katil double-decker. Mcm kat dorm pulak dah. huhu. Ni gambar kat luar keesokkan harinya. Aktiviti pertama pas breakfast minum air kelapa & makan isinya. Kelapa kat sini murah jer dlm 50 sen kot. Sedap lak tu (Xingat lagi.. klu bab2 harga ni mmg fail huhu sorry byk urat dah putus..dah setahun setengah baru nak update ginila jadinya)  Yg bertudung biru ni Dr Dayang and bertudung purple Dr Eraricar. Yang tudung pink tu Dr... eh lom lagi soon InsyaAllah. Saya la tuu hehe.


Kat laman~pandai diorang jaga pokok bunga sejuk je mata memandang.

 Ni kat ruang tamu

Sebelum sampai ke pantai ada jalan keretapi. Ala sowey pic xde. Masa tu guna kamera kak Zubaidah. Cantik2 gambarnya. Then xtransfer sampai sekarang huhu. Nanges!! Masa bergambar2 tetiba ada seorang mamat sri lanka tegur kitorang dari jauh. Hey, take photo with train. I take for you. Very beautiful. Gitula englishnya. Kitorang mestila suka. Bila sampai dekat tiba2 dia tunjuk mcm kerepek. Dia jual berapa ek masa tu. dia ckp. All my family die during tsunami. I hv a mother to take care. No job. Alamak kena kenceng la ni. Nak lari !! takot pon yer. Last2 bg 100 rupee kat dia n terus blah. Kang buatnya dia amik my handbag. Abess. Kenangan kena paw. Bila kira balik 100 rupee tu dalam RM2.50 je cam tu.


Siangnya kitorang jalan2 sekitar Colombo. Masa tu diorang ada festival apa ntah. Tuk-tuk antara pengangkutan awam utama. Nak naik tapi takut kena culik wakaka. Maka xnaikla. Siang tu xjalan mana pon. Banyak habis dalam van jer. Tourist guide kata nak bawak situla sinila. Tapi pusing2 jek mcm sesat. Xkan sesat kot tempat sendiri.hrmmm. Nasib baik lunch sedap & murah. I mkn nasi beriyani. Kat Sri Lanka ni lain sikit. Lauk mcm kari tapi mcm sup gitu. sedapla. 


Ni la lunch I..sedapsss harga dalam RM6 kalau xsilap lagi hehe.

Kita share gambar2 di Sri Lanka sikit yer. Internet agak hampehss. Nanti kita upload pic lagi yer. Skrg ni jer yg mampu upload.


 eleh tau ler kita amik gambar dia tu

tuk tuk everywhere 


depan stesen keretapi

Mlmnya (2nd night) tu kitorang dinner kat kedai. Jln kaki dari tempat kitorang stay. Kat situ byk anjing. Nasib ada si Shamsul and Shahir teman bebudak perempuan jln ramai2. Yg join summer school ni 20 0rg tapi 4 org je lelaki. We all dari beberapa fakulti: Fakulti Kej. Kimia, Petroleum, Elektrikal, Management, Biomedical Engineering. Mlm tu kitorang mkn nasi goreng & mee goreng. Food diorang ni mcm ada letak cheese ke susu & rasa pedas. Sedapp babe. 



 Pas balik tu kitorang jalan2 tepi laut. Mmg hidup. Kat hujung pantai ada hotel yang bergemerlapan. Rajin mereka ke sana.




Then Dr Era ajak try seafood diorang. Yang join sekali time tu Dr Dayang,Sie Ting, Pei Ying. Kitorang cuba la ratah ketam chilli je. Sebab dah mkn sebelum tu. Terbaekkk!! Murah lak tu tapi harga xingat dah sebab Dr Era yg belanja. Air cuci tangan dalam mangkuk suam2 letak limau. Wangi jer bau limau. Maafla yer pic kena gali balik. Lupa dah letak mana. Malam tu dah ngantuk kitorang stay up bersengkang mata utk siapkan kerja yg tertangguh untuk group project kitorang. Memang banyak kerja weh! Nasib baru 1st sem time ni. Awal lagi so boleh fokus untuk summer school project. Sebelum gi kitorang ada preparation class 2 minggu yg membantu dlm projek ni dan boleh apply dlm research study kitorang.



Actually masa ke Sri Lanka adalah first time I naik flight and ke luar negara. Teringin sangat nak melancong. Alhamdulillah diberi peluang utk melawat negara orang. Flight dari Changi Airport ke Sri Lanka amik masa dlm 4 jam. Pas stay Sri Lanka 2 mlm baru lah kitorang gerak ke Maldives. Amik flight dalam 20 minit je kalau xsilap dari Sri Lanka ke Maldives.




Maldives merupakan kepulauan kecil yang terletak di Lautan Hindi di barat daya India di Selatan Asia. Boleh bayangkan x? Ingat balik subjek Geografi yer. Maldives ni actually terdiri daripada 1192 pulau kecil dan hampir 197 buah pulau yang didiami. 99% adalah lautan di mana pulau-pulau ini bertaburan di keluasan 859,000 km persegi dengan anggaran populasi 385,000 orang pada tahun 2008.


Pic ni masa naik bot dari airport yg terletak di Hulhule' untuk ke Male' City. Air crystal clear blue memang cantik. Dari atas flight lagi kitorang excited tengok cantiknya Maldives.


Male' merupakan bandar dengan keluasan 2 km persegi sahaja. Kecik kan? jalan kaki jer utk keliling pulau ni. Kat sini memang padat dengan penduduk. Dikatakan Male kawasan yang paling padat penduduk di dunia dengan populasi 12000 orang!! Bayangkanlah dengan keluasan tu dgn pelancong lagi. Mula2 sampai i mcm takut nak jalan sebab nampak orang jer fening taw. Duduk berapa hari ok dah biasa keadaan ni. Jalan utama pun xbesar macam jalan kat Malaysia. Besar jalan macam besar jln depan rumah kita jer. Airport 1 pulau (Hulhule'). Tempat pelupusan sampah 1 pulau (Thilafushi). Kami 1 group berpeluang gi 2 pulau kediaman lagi- Hulhumale' & Vilin'gili. Xdela kitorang pergi resort island yg hollywood celebrity pergi tu. Gila kau ratusss ribu 1 mlm pon ada. Huhu.

 


Jalan utama di Male City


macam pelarian dah ekekek

Dekat sini hampir semua penduduk beragama Islam and mostly they can speak English. Even lagi terer dari kitorang hehe. Masa kitorang nak wat survey ada seorang makcik tu ckp I don't know English. Xtau english tapi bgtaw in English. Haha. Nampak nau xnak jawab questionnaire. Ekekeke. Seorang je yg mcm tu. Yang lain memang senang bagi kerjasama & friendly. Siap ajak datang rumah lagi & jamu lunch. Klu kita kat Malaysia ni xdenya nak ajak foreigner dtg rumah betul x? Okla citer maldives kita share dlm next entry yer. Dah ngantuk. Ok Bye ;)




No comments:

Post a Comment